MALAYSIA
BUDI95 berkuat kuasa, 16 juta rakyat mula nikmati petrol RM1.99 seliter
Sebanyak 16 juta rakyat Malaysia yang layak mula menikmati manfaat inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tepat pada 12 tengah malam ini, memberikan kelegaan kepada orang ramai terhadap perbelanjaan harian. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 juta rakyat Malaysia yang layak mula menikmati manfaat inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tepat pada 12 tengah malam ini, memberikan kelegaan kepada orang ramai terhadap perbelanjaan harian.
Ringkasan AI
Inisiatif itu menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter sebelum ini, dengan setiap individu diberi kelayakan hingga 300 liter sebulan.
Tinjauan Bernama di beberapa stesen minyak di ibu negara mendapati ramai pengguna "setia" menunggu detik 12 tengah malam bagi menjadi antara yang terawal menerima manfaat berkenaan.
Petugas stesen minyak juga bersiap sedia membantu pengguna sekiranya menghadapi masalah transaksi.
BUDI95 dilaksanakan secara berperingkat sejak 27 Sept bermula dengan 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, sebelum diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori B40 pada Ahad lepas.
Menurut Kementerian Kewangan, hampir 20 peratus daripada keseluruhan anggota ATM dan PDRM telah melakukan transaksi BUDI95 pada hari pertama pelaksanaannya, dengan jumlah pembelian RON95 bernilai RM3.7 juta direkodkan sehari selepas diperluas kepada penerima STR.
BUDI95 menawarkan kaedah transaksi mudah kerana hanya memerlukan MyKad atau lesen memandu sah untuk pengesahan kelayakan secara automatik, manakala pembayaran boleh dibuat menggunakan aplikasi dompet digital pilihan.
Selain memberikan manfaat terus kepada rakyat, inisiatif itu dijangka menyumbang kepada keseimbangan fiskal negara dengan penjimatan subsidi yang boleh disalurkan semula kepada sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosial.
Maklumat lanjut mengenai BUDI95 boleh diperoleh melalui portal rasmi www.budimadani.gov.my atau talian bantuan 1-300-88-9595.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seramai 16 juta rakyat Malaysia mula menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI95, dengan kelayakan hingga 300 liter sebulan.
- Pelaksanaan BUDI95 diperluas secara berperingkat sejak 27 Sept, bermula dengan anggota ATM dan PDRM, kemudian kepada penerima STR sebelum dinikmati semua rakyat.
- Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban rakyat tetapi juga dijangka membantu penjimatan subsidi untuk disalurkan semula kepada sektor penting negara.