MALAYSIA
BUDI95: CUEPACS mohon kerajaan kaji had dan mekanisme penggunaan petrol penjawat awam
Adnan menjawab pertanyaan pemberita pada Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Negeri Kelantan bagi sesi 2025-2028 di Dewan Wawasan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menilai dengan teliti kaedah dan had penggunaan petrol bagi urusan tugas penjawat awam, khususnya yang menggunakan kenderaan sendiri.
Ringkasan AI
Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat berkata pihaknya menyambut baik dan berterima kasih atas inisiatif kerajaan itu, namun menekankan pelaksanaannya perlu mengambil kira keadaan semasa.
"Kami menghargai langkah ini kerana memberi manfaat kepada seluruh rakyat termasuk penjawat awam.
"Namun, kami bimbang tentang kesan kepada penjawat awam yang menggunakan kenderaan sendiri untuk tugasan luar kawasan. Jika penggunaan melebihi had, adakah harga petrol kekal sama atau akan meningkat?" katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Kelantan di Institut Pendidikan Guru di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini CUEPACS masih menunggu maklumat terperinci mengenai had petrol dan kaedah pelaksanaan inisiatif di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) itu.
Sehubungan itu, Adnan berkata CUEPACS sedang meneliti kaedah terbaik untuk mengurangkan kesan kos penggunaan petrol bagi penjawat awam yang menggunakan kenderaan sendiri ketika bertugas.
"Antara cadangan ialah menyemak semula kadar elaun perbatuan yang tidak dikaji sejak 2008 supaya disesuaikan dengan keperluan dan kos semasa," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter bermula 30 Sept ini bagi rakyat tempatan, tanpa mengira tahap pendapatan.
Sementara itu, Adnan berkata CUEPACS kesal dengan kejadian lapan individu, termasuk dua penjawat awam yang ditahan dalam operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Khamis kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan minyak masak peket bersubsidi.
"Kami amat berdukacita dengan kejadian ini kerana ia menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap integriti penjawat awam.
"Seperti pesanan Perdana Menteri, apabila gaji dinaikkan, penjawat awam harus memberi pulangan setimpal dengan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan dua anggota penguat kuasa antara lapan individu ditahan disyaki bertindak mengatur kaunter atau counter setting dalam sindiket penyelewengan 11,050 kilogram minyak masak bersubsidi dalam operasi KPDN Kelantan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- CUEPACS gesa kerajaan teliti kaedah dan had penggunaan petrol untuk penjawat awam yang guna kenderaan sendiri, susulan pelaksanaan subsidi BUDI95.
- Cadangan semakan elaun perbatuan yang tidak dikaji sejak 2008 bagi kurangkan kesan kos kepada penjawat awam yang bertugas di luar kawasan.
- CUEPACS kesal dua penjawat awam ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi, menjejaskan integriti perkhidmatan awam.