MALAYSIA
BUDI95 dilaksana berperingkat elak sistem terbeban - Johan Mahmood
Kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis merupakan golongan pertama yang menerima manfaat subsidi BUDI95. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan secara berperingkat subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) bermula hari ini dilakukan bagi mengelak situasi sama berlaku semasa hari pertama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan pada 31 Ogos lepas.
Ringkasan AI
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata langkah itu juga membolehkan kerajaan dapat bertindak awal sekiranya ada masalah dikesan pada hari pertama.
"Pelaksanaan tiga peringkat ini susulan iktibar daripada pelaksanaan SARA tempoh hari dengan ramai rakyat Malaysia menguji sistem itu pada hari pertama. Jadi, untuk BUDI95 kerajaan telah ambil langkah untuk dilaksanakan secara berperingkat," katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika meninjau pelaksanaan program BUDI95 di sebuah stesen minyak di Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.
Bermula tengah malam tadi, sebanyak 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia menjadi kumpulan pertama menikmati subsidi petrol pada harga RM1.99 seliter selaras pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Sept lepas.
Selepas anggota tentera dan polis, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan golongan B40 pula akan menikmatinya pada 28 Sept, diikuti 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif pada 30 Sept ini.
Johan berkata setakat ini pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"Sebelum ke sini (Taman Tun Dr Ismail) pagi tadi, saya telah meninjau stesen minyak di Kem Perdana Sungai Besi dan mendapati urusan BUDI95 di sana berjalan lancar," katanya.
Mengulas mengenai had siling 300 liter bagi setiap yang layak, beliau berkata jumlah berkenaan lebih daripada mencukupi untuk kegunaan persendirian.
"Mengikut data, 90 peratus rakyat negara ini menggunakan 180 liter petrol untuk sebulan kecuali mereka yang bekerja dalam sektor e-panggilan, jadi 300 liter sebulan dalam BUDI95 adalah lebih daripada mencukupi," katanya.
Ditanya mengenai kawasan luar bandar yang mempunyai capaian Internet terhad, Johan memaklumkan pihaknya telah meninjau lebih 4,000 stesen minyak di seluruh negara termasuk di kawasan terpencil untuk memastikan liputan telekomunikasi berada pada tahap yang baik bagi membolehkan transaksi dibuat.
"Jika berlaku keadaan luar jangka, satu prosedur operasi standard antara kerajaan dengan syarikat minyak telah disediakan dan rakyat hanya perlu bayar harga subsidi, kerajaan benarkan bayar harga subsidi tanpa merujuk kepada sistem," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pelaksanaan BUDI95 dibuat secara berperingkat untuk elak gangguan sistem seperti yang berlaku semasa pelaksanaan SARA, bermula dengan anggota ATM dan PDRM, diikuti penerima STR (28 Sept) dan 16 juta warganegara (30 Sept).
- Subsidi RON95 ditetapkan pada harga RM1.99 seliter dengan had 300 liter sebulan, mencukupi untuk kegunaan majoriti rakyat; kerajaan jangka penjimatan RM2.54 bilion setahun.
- Kerajaan sedia SOP jika capaian Internet terhad, membenarkan bayaran harga subsidi tanpa rujukan sistem, serta pastikan liputan telekomunikasi di lebih 4,000 stesen minyak.