MALAYSIA
BUDI95: Golongan B40 mula nikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter
Pelaksanaan berfungsi sebagai ujian sistem, menjelang perluasan kepada 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas bermula 30 September. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini memasuki fasa kedua pelaksanaannya, dengan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 mula menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran semasa RM2.05.
Ringkasan AI
Pelaksanaan bermula tengah malam tadi dan disifatkan sebagai langkah penting dalam reformasi subsidi bahan api negara.
Fasa ini menyusuli kejayaan pelaksanaan awal pada Sabtu lalu yang melibatkan kira-kira 300,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang berjalan lancar tanpa sebarang gangguan sistem.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari pertama pelaksanaan turut berfungsi sebagai ujian tekanan terhadap sistem dan kesiapsiagaan stesen minyak menjelang perluasan penggunaan pada 30 September ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengumumkan inisiatif ini pada 22 September, menegaskan bahawa subsidi bersasar ini adalah hasil daripada tadbir urus telus dan usaha membanteras ketirisan kewangan negara.
Beliau menyatakan bahawa semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif akan secara automatik layak menerima manfaat BUDI95.
Setiap individu yang layak akan menerima siling subsidi petrol RON95 sehingga 300 liter sebulan.
Pemandu e-hailing pula diberi pengecualian daripada siling tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.
Bagi golongan yang tidak layak seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga tanpa subsidi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
Ringkasan AI
- Penerima STR B40 mula nikmati subsidi RON95, dengan harga RM1.99 seliter berbanding RM2.05 pasaran, susulan kejayaan fasa pertama melibatkan PDRM dan ATM.
- Pelaksanaan berfungsi sebagai ujian sistem, menjelang perluasan kepada 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas bermula 30 September.
- Setiap individu layak terima subsidi sehingga 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing diberi pengecualian siling dan bukan warganegara bayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.