MALAYSIA
BUDI95: Harga RON95 turun kepada RM1.99 bermula 30 September – PM Anwar
Kerajaan menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter berkuat kuasa 30 September ini, langkah yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 16 juta rakyat Malaysia. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan menerusi insiatif BUDI95.
Beliau berkata, bagi bukan warganegara pula, RON95 ditetapkan pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.
“Semua warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu sah layak menikmati subsidi RON95 ini,” katanya.
Beliau mengumumkan berita itu pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi September 2025 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Presint 10, di sini, hari ini.
Beliau berkata lebih 16 juta rakyat Malaysia akan terima manfaat daripada penurunan harga petrol RON95 dengan semua warganegara dengan lesen memandu sah layak untuk menikmati subsidi bahan bakar itu.
"Kita putuskan untuk meletakkan kadar RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 dan saya juga sebutkan manfaat dan keistimewaan ini hanya sebagai penghargaan semangat dari Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jadi penghargaan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.
"Mulai 30 September (juga), bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak terima subsidi kerana ikut perseorangan, itu bermula 30 September pada harga RM2.60," katanya.
Perdana Menteri turut mengumumkan warga polis, tentera nikmati subsidi RON95 RM1.99 seliter bermula 27 September, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September bagi mengelakkan kesesakan.
Kata Anwar, subsidi RON95 akan dinikmati tanpa mengambil kira tahap pendapatan, sebagai penghargaan kepada semua rakyat.