MALAYSIA
BUDI95: Insiden gangguan transaksi akibat masalah Wi-Fi - Petron
Insiden gangguan transaksi pembelian petrol RON95 menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak Petron di Pasir Gudang, Johor berpunca daripada gangguan sambungan Wi-Fi di kawasan itu. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Insiden gangguan transaksi pembelian petrol RON95 menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak Petron di Pasir Gudang, Johor berpunca daripada gangguan sambungan Wi-Fi di kawasan itu.
Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron) dalam kenyataan memaklumkan insiden melibatkan seorang pelanggan itu adalah kes terpencil dan pelan kesinambungan perniagaan telah diaktifkan bagi menangani situasi terbabit.
"Kami (Petron) telah menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas dan bagi mereka yang menerima bantuan kami, transaksi diteruskan pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi yang layak. Isu ini adalah terpencil.
"Semua stesen lain beroperasi seperti biasa dan kami akan terus memastikan urusan pelangganberjalan lancar," menurut Petron menerusi kenyataan di Facebook.
Petron turut menasihati pelanggan yang mengalami sebarang isu menghubungi Petron Care melalui talian 1300 228 211 atau e-mel ke petroncare@petron.com.my untuk mendapatkan bantuan.
Terdahulu, tular video melalui media sosial memaparkan seorang pelanggan mengalami gangguan transaksi ketika berurusan di stesen minyak Petron di Pasir Gudang.
-- BERNAMA