MALAYSIA
BUDI95: JPN sedia lanjut waktu operasi, penggantian cip MyKad rosak kini percuma
Saifuddin ketika meninjau perkhidmatan kaunter di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya pada Selasa. - Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersedia melanjutkan waktu operasi sekiranya perlu bagi memastikan kelancaran proses penggantian cip MyKad rosak secara percuma bermula hari ini, susulan pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUD195).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu penting bagi menangani peningkatan jumlah permohonan penggantian MyKad, khususnya yang melibatkan kerosakan cip.
“Jika pengumuman ini menyebabkan lebih ramai hadir, JPN akan tambah masa sehingga semua urusan selesai.
"Kita perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan dan akan bertindak segera bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar,” katanya selepas meninjau kaunter perkhidmatan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya, Selasa.
Menurut beliau, purata permohonan penggantian cip MyKad kini mencecah kira-kira 40,000 sebulan, berbanding 30,000 sebelum ini.
Sebagai langkah meringankan beban rakyat, kerajaan mengecualikan caj RM10 bagi penggantian cip rosak bermula hari ini hingga 7 Oktober depan.
“Tempoh ini munasabah untuk orang ramai memastikan cip MyKad mereka berfungsi. Jika rosak, segera ke JPN. Sepanjang tempoh ini, penggantian tidak dikenakan bayaran,” jelasnya.
Saifuddin turut memberi jaminan bahawa stok MyKad adalah mencukupi, dan urusan di pejabat utama seperti Ibu Pejabat JPN Putrajaya, pejabat negeri serta UTC boleh disiapkan dalam tempoh sehari.
Beliau turut memaklumkan bahawa sistem MyKad kini telah diintegrasikan dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi mengelakkan gangguan dan penyalahgunaan, susulan laporan berkenaan penggunaan MyKad hilang untuk menuntut bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Apabila kehilangan MyKad dilaporkan, JPN akan segera nyahaktif kad tersebut dalam sistem. Integrasi dengan MOF kini memastikan kad yang dilaporkan hilang tidak boleh digunakan untuk menuntut subsidi. Ini langkah pembetulan segera hasil insiden sebelum ini,” katanya.
Saifuddin menegaskan bahawa JPN memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksanaan dasar subsidi bersasar BUDI 95 yang akan bermula pada 30 September.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 akan dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter, berkuat kuasa 30 September ini di bawah program BUD195.
Beliau berkata, semua warganegara yang memiliki lesen memandu sah layak menerima subsidi tersebut, melibatkan anggaran 16 juta rakyat Malaysia.