MALAYSIA
BUDI95: Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan MoF, KPDN pastikan maklumat tepat
Fahmi berkata, langkah itu penting bagi memastikan orang ramai mudah mendapatkan maklumat yang sahih terutama apabila mereka mengunjungi stesen minyak pada tarikh pelaksanaan program tersebut. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MoF) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan syarikat minyak di seluruh negara menyalurkan maklumat tepat tentang pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) kepada pelanggan di stesen minyak.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting bagi memastikan orang ramai mudah mendapatkan maklumat yang sahih terutama apabila mereka mengunjungi stesen minyak pada tarikh pelaksanaan program tersebut.
"Saya juga telah minta supaya pihak MoF menjemput sekiranya ada TikTokers, laman-laman sesawang, pempengaruh dan sebagainya, yang mungkin ingin tahu maklumat yang lebih tepat, ke satu sesi penerangan dan penjelasan termasuklah rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, supaya semua pihak faham.
"Kita juga memastikan maklumat yang tepat mengenai isu-isu yang dibangkitkan sampai kepada khalayak umum melalui media massa dan media sosial... jadi, ini antara yang diusahakan oleh Kementerian Komunikasi," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.
Fahmi berkata agensi seperti Jabatan Penerangan dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) juga diminta meneliti dan memahami Frequently Asked Question (FAQ) yang disediakan MoF di laman sesawang www.budi95@gov.my bagi memudahkan penerangan tepat disampaikan kepada rakyat.
"Saya minta pasukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) maklumkan kepada semua pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), baca dan teliti di FAQ supaya sesiapa yang bertanya, boleh dengan mudah kita jawab kerana yang diusahakan oleh kerajaan ini adalah untuk memastikan yang menerima manfaat ini hanyalah rakyat Malaysia.
"Ada yang bertanya bagaimana dengan data, kenapa digunakan Touch n' Go sebagai pelayan, jadi soalan-soalan ini ada disediakan jawapan, lebih 36 muka surat," katanya.
Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter berkuat kuasa pada 30 Sept ini melalui penyasaran subsidi di bawah program BUDI95.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata semua warganegara yang memiliki lesen memandu sah layak untuk subsidi RON95 dan berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan serta Jabatan Pendaftaran Negara, dianggarkan lebih 16 juta orang layak menerima subsidi itu.
Semakan kelayakan boleh dibuat bermula hari ini melalui portal rasmi www.budi95.gov.my.
-- BERNAMA