MALAYSIA
BUDI95: Kerajaan jamin pertimbang rayuan nelayan, pekebun, pengusaha bot
Perdana Menteri Anwar berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, di Putrajaya, pada Jumaat. -Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan rayuan nelayan, pekebun dan pengusaha bot yang memohon bantuan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95), walaupun tiada lesen bagi penggunaan kenderaan bermotor seperti bot, perahu atau mesin pemotong rumput yang menggunakan bahan api itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, meskipun bantuan dan elaun khas sudah disediakan untuk golongan itu, namun, terdapat situasi di mana bantuan belum meliputi kes-kes tertentu.
"Ada kes melibatkan penggunaan perahu. Nelayan dan pekebun memang sudah ada elaun khas, selain bantuan diesel. Tetapi kalau benar mereka menggunakan petrol, mereka boleh buka portal Kementerian Kewangan dan kemukakan rayuan. Kita akan bantu.
"Katakan dia bukan nelayan tetapi menggunakan perahu atau bot di Sarawak, Sabah atau Kelantan dan mana-mana, menggunakan RON95 tanpa lesen atau pendaftaran (kenderaan) bagi perahu.
"Hal-hal seperti ini boleh kita pertimbangkan kerana bilangannya tidak ramai. Jika benar mereka guna RON95, saya jamin kerajaan akan membantu," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, di sini, pada Jumaat.
Pada Isnin lalu, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.
Pelaksanaan inisiatif itu dibuat di bawah program BUDI95, sementara bagi bukan warga negara pula, harga RON95 adalah pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.
Melalui BUDI95, semua rakyat Malaysia layak menikmati harga bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing diberi kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan.
Dengan pemansuhan subsidi pukal, Kerajaan MADANI mengunjurkan BUDI95 akan menjana penjimatan antara RM2.5 bilion dan RM4 bilion setahun.
Penjimatan itu akan digunakan untuk memperluas bantuan bersasar yang memberi manfaat terus kepada rakyat, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).