MALAYSIA
BUDI95: Kerajaan tunai janji, penjimatan disalurkan kepada STR, SARA - PM
Penjimatan hasil penyasaran kepada BUDI95 akan diagihkan semula demi manfaat rakyat, antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kata Perdana Menteri Anwar.
PUTRAJAYA: Penjimatan hasil penyasaran kepada BUDI95 akan diagihkan semula demi manfaat rakyat, antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, namun begitu, keutamaan kerajaan tetap diberikan kepada usaha menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan prasarana asas.
"Ini keputusan dasar besar Jemaah Menteri untuk memenuhi janji kita, walaupun janji kita sepatutnya lebih awal tetapi melihat kepada kekangan ekonomi dan beban hutang yang besar, kita kaji sepenuhnya supaya tidak menjejaskan kedudukan ekonomi negara.
"Syukur dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kita melaksanakan sesuatu yang boleh meringankan beban rakyat dalam keadaan sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi September 2025 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Presint 10, di sini, hari ini.
Tambah beliau, semua warganegara, tanpa mengira tahap pendapatan, yang mempunyai lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik.
"Penjimatan daripada peralihan kepada BUDI95 ini akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat seperti melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
"Namun, tumpuan kerajaan kekal kepada menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan prasarana asas,” kata beliau.
Beliau dalam kenyataan sama memaklumkan, semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan.
Namun begitu, pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.
Siling kelayakan bulanan ini telah ditetapkan berdasarkan dapatan kajian Jabatan Perangkaan, di mana lebih 99 peratus pemandu kenderaan persendirian di Malaysia tidak melepasi jumlah ini.
Dalam pada itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk memudahcarakan proses untuk rakyat memanfaatkan harga bersubsidi RON95, antaranya tiada pendaftaran diperlukan.
"Kedua, hanya satu langkah tambahan, iaitu pengesahan dengan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi dan ketiga, terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga di terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan.
"Di samping itu, terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan Caltex Go," katanya.
Pada 27 September, sistem BUDI95 akan dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis serta pada 28 September pula kepada penerima STR yang merupakan golongan B40.
Sementara pada 30 September pula, sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.