BUDI95: Lebih 13.1 juta rakyat Malaysia nikmati manfaat setakat 31 Okt 2025

Pelaksanaan BUDI95 pada bulan pertama berjalan lancar dengan sistem beroperasi secara baik, tiada kerumitan dan pengguna tidak beratur panjang di stesen minyak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai lebih 13.1 juta daripada 16.5 juta rakyat Malaysia, iaitu hampir 80 peratus menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), dengan nilai jualan lebih RM2.66 bilion atau 1.33 bilion liter, setakat 31 Okt 2025.
Ringkasan AI
- Seramai lebih 13.1 juta daripada 16.5 juta rakyat Malaysia, iaitu hampir 80 peratus, telah menerima manfaat daripada pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan nilai jualan melebihi RM2.66 bilion atau 1.33 bilion liter setakat 31 Oktober 2025.
- Pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar pada bulan pertama tanpa kerumitan di stesen minyak, dan kerajaan akan terus menambah baik sistem agar lebih menyeluruh, inklusif dan berkesan.
- Golongan pengguna bot sungai dan pemandu e-hailing telah dimasukkan dalam pangkalan data penerima subsidi, sebagai langkah memastikan bantuan disalurkan tepat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta mengelakkan keciciran.
"Sebagai contoh, kerajaan telah menambah golongan pengguna bot sungai dalam pangkalan data rakyat yang layak untuk subsidi RON95, malah pemandu e-hailing diberi hak kelayakan tambahan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Lim menjawab soalan daripada Chong Zhemin (PH-Kampar) mengenai status pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 dan langkah kerajaan memastikan hanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana benar-benar menikmati manfaat tersebut.
Beliau berkata langkah ini penting untuk memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat subsidi, selain mengekalkan matlamat utama penyasaran, iaitu menyalurkan bantuan secara lebih tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


