MALAYSIA
BUDI95: Penerima STR hargai usaha kerajaan ringan beban rakyat

BUDI95 dianggap sangat membantu terutama bagi golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada kenderaan untuk bekerja. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mula menikmati pembeli inisiatif BUDI MADANI RON95 memuji inisiatif kerajaan menunaikan janji dengan memberikan subsidi pembelian petrol RM1.99 seliter.
Ringkasan AI
- Penerima STR berpuas hati pelaksanaan BUDI95 yang menawarkan subsidi petrol RM1.99 seliter, dianggap sangat membantu terutama bagi golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada kenderaan untuk bekerja.
- Pengguna menyatakan proses transaksi dan pengesahan MyKad di stesen minyak adalah mudah dan pantas, dengan bantuan pekerja serta kaunter informasi yang memudahkan pemahaman terhadap inisiatif tersebut.
- Inisiatif ini dilihat tepat pada masanya dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi, dan ramai pengguna menyatakan rasa syukur serta penghargaan kepada kerajaan kerana mendahulukan keperluan rakyat.
"Pemberian subsidi ini sekali gus membolehkan saya berjimat serta mengurangkan beban dari segi pembelian petrol untuk berulang-alik ke tempat kerja," katanya ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Jalan Raja Uda di sini hari ini.
Nur Fatini yang bekerja di sebuah kilang di Perai berkata biasanya dia akan mengisi RM50 dan boleh bertahan dua ke tiga minggu untuk berulang alik ke tempat kerja dari rumahnya di Sungai Puyu, justeru, had 300 liter sebulan adalah mencukupi.
Selain itu, dia turut memuji sistem transaksi pembayaran yang tidak rumit dan memudahkan pengguna.
Katanya, walaupun agak kekok pada peringkat awal tetapi ia mudah difahami tambahan terdapat pekerja di stesen minyak yang sedia membantu, di samping kaunter informasi turut disediakan bagi memberi penerangan berkaitan inisiatif dilaksanakan.
Perkara sama turut disuarakan N Nageswari,51, yang berterima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa menghargai dan mendahulukan golongan B40 dalam setiap pelaksanaan inisiatif membantu rakyat.
Dia yang bekerja sebagai pemandu e-hailing turut lega kerana layak menikmati petrol pada harga lebih rendah.
"Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan peluang kepada rakyat untuk menikmati harga minyak rendah," katanya.
Ang Chean Leong, 63, dari Jalan Raja Uda pula berkata pemberian subsidi itu dilihat tepat pada masanya dalam keadaan rakyat amat memerlukan.
"Kita tahu sekarang ini kos sara hidup semakin tinggi jadi dengan pemberian subsidi RM1.99 seliter memang amat membantu rakyat terutama dalam kalangan golongan B40," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami