awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aliff Syukri komen ‘hahaha’, peguam bekas menteri mohon ‘gag order’ hina mahkamah
Lima kes rasuah dihadapi Shamsul Iskandar dibicarakan bersama
Polis Sabah rampas dadah lebih RM1 juta disembunyi dalam 'sasaban'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka lebih banyak taska OKU - Rina Harun

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
20/02/2021
09:13 MYT
Buka lebih banyak taska OKU - Rina Harun
Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ia selari dengan Pelan Tindakan OKU 2016-2022 yang mengutamakan aspek pendidikan serta meningkatkan keupayaan serta latihan pengurusan diri golongan berkenaan. - Foto BERNAMA
AYER KEROH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan swasta untuk membuka lebih banyak taska bagi kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ia selari dengan Pelan Tindakan OKU 2016-2022 yang mengutamakan aspek pendidikan serta meningkatkan keupayaan serta latihan pengurusan diri golongan berkenaan.
Beliau berkata, untuk tujuan terbabit, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.7 juta tahun ini bagi semua 13 taska OKU di seluruh negara melaksanakan program pendidikan secara berkesan serta menepati kehendak kerajaan.
Jelasnya, pendekatan intervensi yang berterusan daripada kementerian khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Sukarela (PSK) dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang holistik itu perlu diperluaskan bagi memastikan golongan itu diberi ruang dalam pendidikan serta mendapat kesaksamaan hak dan peluang seperti kanak-kanak yang lain.
“Kita berharap akan ada lebih banyak lagi di pihak NGO dan swasta buat seperti ini.
“Apa yang lebih penting ialah kesedaran, maksudnya taska ini diperlukan juga untuk anak-anak OKU ini, jadi di pihak kementerian kita membantu dari segi geran, operasi dan sebagainya,” jelasnya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Taska OKU Ikhlas di bangunan Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) di Peringgit, Melaka hari ini.
Pada majlis itu, Rina turut menyampaikan sumbangan bantuan geran pelancaran berjumlah RM500,000 kepada Persatuan Insan Berkeperluan Khas (Ikhlas) yang mengendalikan taska OKU berkenaan.
Tambahnya, kementeriannya juga akan sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menubuhkan taska terbabit dengan menyediakan geran tahunan selain beberapa lagi bentuk bantuan.
Topic Berkaitan
#taksa OKU
#Rina Harun
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#KPWKM
#orang kelainan upaya
#NGO
#swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan