awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Buruh Bergerak beroperasi tahun ini
Agong dipersembah taklimat perancangan Kementerian Perladangan dan Komoditi
Mek Mulung Afrot: Asmidar perkukuh misi pelestarian JKKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka segera Parlimen, berbahas ikut kumpulan 30 ahli dewan satu-satu masa - Shafie Apdal

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
19/06/2021
16:58 MYT
Buka segera Parlimen, berbahas ikut kumpulan 30 ahli dewan satu-satu masa - Shafie Apdal
Mohd Shafie berpandangan, persidangan itu boleh kawal dengan hanya menetapkan 20 atau 30 wakil rakyat berbahas serta berucap di dewan pada satu-satu masa.
KOTA KINABALU: Sidang Parlimen perlu diadakan segera dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat iaitu menetapkan hanya 220 ahli dewan sahaja dibenarkan berada di Parlimen, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Presiden Warisan (Warisan) itu turut menyatakan pandangan bahawa persidangan itu boleh dikawal dengan hanya menetapkan 20 atau 30 wakil rakyat berbahas serta berucap di dewan pada satu-satu masa.
Manakala katanya, ahli dewan yang lain boleh menonton dan mendengar di bilik masing-masing sebelum giliran berbahas di dewan.
"Apabila waktu mengundi semua wakil rakyat akan turun untuk mengundi. Justeru, persidangan Parlimen ini perlu diadakan segera. Kerajaan mampu untuk menguruskan 220 ahli dewan dengan SOP yang ketat," katanya dalam Bicara Presiden menerusi Facebook Warisan Online.
Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, pembukaan sidang Parlimen dengan segera itu penting untuk membahaskan permasalahan dan rintihan rakyat yang terbeban akibat pandemik COVID-19.
Katanya, pembukaan Parlimen harus diadakan kerana ia merupakan satu tiang kepada sistem demokrasi.
"Kalau sistem demokrasi tidak dipraktikkan, suara rakyat di akar umbi tidak kedengaran. Atas sebab itu saya melihat Parlimen perlu bersidang. Kita bincang apa rintihan dan masalah dihadapi rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie melihat perlunya kerajaan untuk membenarkan hospital swasta membeli vaksin sendiri.
Katanya, hal ini mampu mempercepatkan vaksinasi di Malaysia dan rakyat dapat divaksin dengan cepat.
"Kenapa tidak memberikan kebenaran kepada hospital swasta untuk membeli vaksin sendiri. Sebelum ini mereka sendiri membeli ubat dengan pengeluaran secara terus.
"Vaksin ini adalah pelindung kepada virus COVID-19 ini... Orang kaya mereka boleh bayar sendiri sekiranya RM200 yang penting kita perlu memperluaskan usaha melindungi diri rakyat kita," katanya.
Topic Berkaitan
#Shafie Apdal
#Warisan
#persidangan Parlimen
#SOP ketat
#Parlimen
#ahli Parlimen
#Buka Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan