Setiap rakyat Malaysia dan Singapura perlu terus mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 bagi mengelak sebarang penularan COVID-19 susulan cadangan pembukaan sempadan kedua-dua negara itu secara bersyarat pada 10 Ogos depan.
Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata situasi semasa penularan COVID-19 yang semakin baik bagi kedua-dua negara bukanlah sebab untuk rakyatnya terus alpa dengan langkah pencegahan yang sewajarnya.
Tegasnya, segala garis panduan bagi pembukaan sempadan secara bersyarat ini akan menjadi panduan serta penentu kepada keputusan yang lebih besar termasuk membenarkan ulang-alik secara harian.
"Walaupun keadaan bertambah baik di negara kita dan juga kalau kita nilai secara relatif di Singapura berbanding keadaan dunia yang lain, komitmen itu perlu kita teruskan dan langkah berjaga-jaga itu tidak boleh kita hentikan.
"Maksudnya, kita tidak boleh kembali kepada kehidupan seperti mana yang telah kita lalui sebelum COVID-19. Kita perlu teruskan komitmen untuk mencegah potensi sebarang penularan.
"Sekiranya ini dapat dikekalkan dan tidak ada kluster atau kes-kes baharu yang direkodkan, saya berharap untuk SOP akan akan datang akan bersandar kepada apa yang telah dilaksanakan pada waktu terdekat ini untuk SOP berkenaan," katanya kepada Astro AWANI sebagai reaksi kepada keputusan Kerajaan Malaysia dan Singapura untuk membuka sempadan secara bersyarat pada 10 Ogos depan.
Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan hari ini bersetuju membenarkan rentas sempadan secara bersyarat menerusi inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).
Kedua-dua inisiatif itu dijangka akan dilaksanakan pada 10 Ogos depan melibatkan urusan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara serta pemegang pas imigresen jangka panjang untuk tujuan perniagaan dan pekerjaan.
Ujarnya, buat masa ini, beliau menyarankan supaya menggunakan aplikasi sedia seperti MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak berbanding menggunakan jadual perjalanan.
"Sekiranya kita boleh gunakan aplikasi sedia ada untuk mengesan perjalanan itu berbanding jadual perjalanan secara manual.
"Pada pendapat saya, kalau kita boleh mewujudkan sistem pengesan perjalanan, rasanya tidak timbul isu dalam memberi petunjuk kepada kemungkin berlakunya kes atau kluster baharu.
"Walaupun itu mungkin mengambil masa, tetapi dengan adanya sistem sedia ada, kita harap perkara tersebut dapat diberi penelitian dalam pelaksanaan," katanya.
Selain perlu mematuhi protokol kesihatan yang ketat, mereka yang berhasrat untuk merentas dua negara ini secara RGL perlu memberi cadangan jadual perjalanan di negara mereka bekerja.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jul 14 2020

Situasi semasa penularan COVID-19 yang semakin baik bagi kedua-dua negara bukanlah sebab untuk rakyatnya terus alpa. - Foto fail/BERNAMA

COVID-19 | Rakyat Amerika dinasihat tidak memasuki Malaysia
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menasihati rakyat negara itu untuk tidak melakukan perjalanan ke Malaysia. Saranan itu dilakukan setelah menilai situasi pandemik COVID-19 di Malaysia yang dicatatkan pada 'paras empat' yang menandakan kadar penularan di negara ini berada pada tahap tertinggi.

Hari Bumi 2021 | Tingkat kesedaran dalam menjaga bumi
Setiap pandemik yang mengancam nyawa manusia mempunyai vaksin bagi mengelak kehilangan nyawa, namun tidak bagi perubahan iklim.

Hari Bumi 2021 | Cara unik rai Hari Bumi
Sempena Hari Bumi, seorang artis dari China mengenakan gaun yang diperbuat daripada blon berwarna merah bagi menarik perhatian umum.

COVID-19 | Johor tutup tiga lagi sekolah
Johor menutup tiga lagi sekolah pada Khamis. Ia menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di negeri itu akibat penularan wabak COVID-19 sebanyak 20 sekolah.

Segerakan RUU menghendap sebagai kesalahan jenayah
Pelbagai pihak terus mendesak kerajaan supaya menyegerakan penggubalan rang undang-undang berhubung 'stalking' atau perbuatan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah.

Kesalahan Menghendap | Undang-undang sedia ada tidak cukup perlindungan
Peguam, Renuga Ramayah berkata, undang-undang sedia ada tidak cukup memberi perlindungan, melainkan mangsa mengalami kecederaan.

Vaksin COVID-19 | Skuad Harimau Malaya tidak potong giliran - FAM
Barisan pemain skuad kebangsaan dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak memotong giliran ketika menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya, Isnin lepas. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, kesemua 39 pemain dan baki penerima vaksin selebihnya telah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Rel Berkembar | Projek Landasan Elektrik Gemas-JB 75 peratus siap
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru sudah 75 peratus siap. Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction Rail Division, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, pembinaan projek itu setakat ini mengikut jadual dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Anak Keempat | TMJ dan Che Puan Khaleeda timang puteri kedua
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Rabu. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan puteri kedua TMJ itu, sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

10 Berita Pilihan - (22 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lima sekolah di Kota Kinabalu rekod kes positif COVID-19
Sebanyak lima sekolah di Kota Kinabalu telah merekodkan kes positif COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Rakyat Amerika dinasihat tidak masuki Malaysia
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menasihati rakyat negara itu untuk tidak melakukan perjalanan ke Malaysia.

COVID: Fasiliti hospital, PKRC Kelantan penuh, petugas kesihatan tidak mencukupi - Exco
Situasi semasa COVID-19 di Kelantan yang menyaksikan peningkatan ketara kes baharu telah menyebabkan fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) COVID-19 di negeri ini sudah penuh.

COVID-19: Tiga lagi ditutup, kini 30 sekolah ditutup di Johor
Tiga lagi sekolah ditutup menjadikan keseluruhan institusi pendidikan itu yang ditutup akibat COVID-19 di Johor kini meningkat kepada 30 buah.

COVID-19: PKPD di 2 lokaliti di Johor, Kelantan bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan PKPD di SMKA Johor Bahru, Johor dan Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.

Statistik melonjak, Malaysia rekod 2,875 kes baharu COVID-19, Kelantan paling tinggi
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 2,846 merupakan penularan tempatan manakala 29 lagi merupakan kes import.

Masyarakat Orang Asli tetap dibantu ketika Ramadan
Pemberian sumbangan melibatkan masyarakat Orang Asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun, Tasik Banding.

Asrama sekolah di Salor, Kelantan jadi PKRC untuk pelajar positif COVID-19
Dua blok bangunan asrama sebuah sekolah di Salor, di sini bakal dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

"Toksoh takut keno vaksin" - Nasihat warga emas di Kelantan
Nasihat warga emas, suntikan vaksin ini sebagai usaha membendung penularan pandemik COVID-19.