JOHOR BAHRU: Sebanyak 41 kawasan 'hotspot' yang dikenal pasti menjadi tumpuan orang ramai sekali gus boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas di negeri Johor, akan dipantau dan dikawal pihak polis susulan pembukaan sempadan Jumaat ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kawasan tumpuan yang meliputi keseluruhan 10 daerah itu antaranya melibatkan pusat beli-belah, pasar raya, stesen bas dan tempat rekreasi.
"Paling banyak 'hotspot' adalah di daerah Johor Bahru iaitu 10 kawasan seperti pusat beli-belah, Bazar Karat dan stesen bas.
"Kalau di daerah Kota Tinggi pula adalah kawasan peranginan, Tangkak di tempat orang ramai membeli fabrik dan Mersing di kawasan jeti yang berkemungkinan akan berlaku kesesakan lalu lintas kerana ramai (dijangka) melancong," katanya pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor 2022 di sini, hari ini.
Kamarul Zaman berkata 1,600 pegawai dan anggota ditugaskan mengawal keselamatan dan lalu lintas di negeri ini pada minggu pertama pembukaan sempadan termasuk di kedua-dua Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Beliau berkata 200 pegawai dan anggota akan ditugaskan mengawal BSI dengan dibantu 113 polis bantuan, manakala KSAB pula melibatkan sehingga 60 pegawai dan anggota polis.
"Penugasan kesemua pegawai dan anggota ini adalah untuk memastikan keselamatan pelancong yang akan masuk dan keluar negara, termasuk juga warga tempatan kerana mungkin ada penyeluk saku dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata tiga sekatan jalan raya bagi penugasan Op Benteng, iaitu dua di daerah Kota Tinggi dan satu di Iskandar Puteri yang dibuka sejak dua tahun lepas, akan terus beroperasi.
Terdahulu, 348 pegawai kanan dan pegawai rendah polis, serta pesara dan petugas era darurat menerima penghargaan dalam Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kawasan tumpuan yang meliputi keseluruhan 10 daerah itu antaranya melibatkan pusat beli-belah, pasar raya, stesen bas dan tempat rekreasi. - Gambar fail/BERNAMA

Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

AWANI Ringkas: Pelantikan Tajuddin sebagai duta besar mendapat perkenan Agong - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Thailand benar rakyat Malaysia bawa pulang kereta tersadai tanpa caj
Sebahagian rakyat Malaysia terpaksa meninggalkan kenderaan mereka sewaktu penutupan sempadan negara kerana perintah kawalan pergerakan.

Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan
Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.

Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand
Keadaan itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Wang Kelian, Perlis, 1 April lalu.

Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy
Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif.

Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.

Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022
Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara.

Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP
KPDNHEP menerima tujuh aduan berkaitan dakwaan itu setakat ini.

Pembukaan sempadan: Johor kembali jadi destinasi pilihan pelancongan kesihatan
Hospital Pakar KPJ Johor yang mula menerima pesakit dari Indonesia sebaik sempadan negara dibuka semula pada 1 April lepas.

Pengembara tidak lengkap borang dalam MySejahtera punca kesesakan di KLIA - Jabatan Imigresen
Pegawai imigresen terpaksa membantu pengembara terbabit sehingga menyebabkan kelewatan dan kesesakan.

Industri pelancongan negara bernafas semula
Lapangan terbang di seluruh negara menerima 119 penerbangan pada hari pertama pembukaan semula sempadan negara 1 April lalu.