KUALA LUMPUR: Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu tidak dapat dibuka untuk perkhidmatan berbayar pada November 2021 seperti yang dijadualkan berikutan ujian yang belum lengkap.
Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Hashim berkata laluan itu dijangka bersedia untuk perkhidmatan berbayar pada suku kedua 2022.
Tren MRT telah mencatatkan lebih 3,000 jam operasi percubaan dan telah mengumpul banyak data.
"Selepas meneliti sendiri data tersebut, kami mendapati bahawa antara beratus-ratus modul sistem yang telah dilaksanakan, dua modul perlu diperhalusi dengan lebih lanjut.
"Kami perlu memastikan semua lapisan sistem primer, sekunder dan ketiga adalah stabil sebelum kami dapat mengambil alih aset ini dan meluluskannya untuk operasi," katanya pada sidang media di sini.
Operasi percubaan untuk MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu telah berjalan sejak 29 April, 2021.
Sejumlah 16 tren telah diuji beroperasi antara Stesen MRT Kwasa Damansara dan Stesen MRT Kampung Batu dalam keadaan perkhidmatan penuh tetapi tanpa penumpang dalam simulasi operasi sebenar.
Mohd Zarif berkata syarikat telah menjalankan banyak operasi percubaan, termasuk pemeriksaan terperinci akhir.
Penambahbaikan subsistem adalah perlu untuk menyelesaikan isu data tertiari, katanya, sambil menambah ini untuk memastikan perkhidmatan tersebut boleh beroperasi dalam keadaan yang baik.
"Oleh itu, kami tiada pilihan lain kecuali menangguhkan pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.
"Justeru, MRT Corp tidak dapat mengambil alih aset MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu daripada kontraktor serah kunci yang dilantik," katanya.
Mengenai perkembangan terkini projek Laluan Lingkaran MRT3, katanya ia masih dalam peringkat perbincangan.
"Kami sedang memuktamadkan pelan pembiayaan dengan kerajaan. Beri kami lebih masa untuk memuktamadkan pelan pembiayaan tersebut dan kami berharap dapat memaklumkan kepada anda semula pada awal tahun depan," katanya.
Beliau menjangka tender untuk projek tersebut akan dibuka pada suku ketiga 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Operasi percubaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu dengan 16 tren telah diuji di Stesen MRT Kwasa Damansara ke Stesen MRT Kampung Batu dalam keadaan perkhidmatan penuh setiap hari tanpa penumpang ketika tinjauan hari ini. - Gambar/ Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Anthony Loke dukacita MRT laluan Putrajaya alami gangguan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menzahirkan perasaan dukacita susulan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya mengalami gangguan bekalan kuasa.
PM umum tambang percuma MRT Laluan Putrajaya hingga 31 Mac 2023
Tambang percuma itu melibatkan semua 36 stesen dalam laluan itu dari Stesen Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.
Fasa Dua laluan MRT Putrajaya dijangka mula operasi Mac 2023 - MRT Corp
Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya Fasa Dua dari Stesen MRT Kampung Batu ke Stesen MRT Putrajaya Sentral dijangka mula beroperasi pada bulan Mac tahun depan.
Bukan bulan ini, pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu ditangguh
Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu tidak dapat dibuka untuk perkhidmatan berbayar pada November 2021 seperti yang dijadualkan berikutan ujian yang belum lengkap.