awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
Kurikulum baharu prasekolah tumpu enam bidang utama - Fadhlina
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan kecil semangat merdeka di Kampung Salak

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2020
10:26 MYT
Bukan kecil semangat merdeka di Kampung Salak
Salah sebuah rumah penduduk Kampung Salak yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak. - Foto Astro AWANI
Ketika semangat mengibarkan Jalur Gemilang dikatakan kian luntur di kawasan bandar besar, semangat luar biasa ditunjukkan penduduk Kampung Salak, di sini wajar dijadikan contoh.
Terletak di sebuah pulau kecil sekitar 12 kilometer dari bandar raya Kuching, Kampung Salak ibarat sebuah perkampungan bendera. Jalur Gemilang dan bendera Sarawak gah berkibaran dan menghiasi rumah penduduk.
Ini cara penduduk perkampungan Melayu ini menzahirkan rasa cinta kepada negara. Pertandingan menghias rumah sempena bulan kemerdekaan ini bukan mahu mencari siapa lebih hebat atau siapa yang menang.
Tersirat di sebaliknya semangat segenap lapisan penduduk kampung ini menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
"Kami mahu penduduk kampung merasa bagaimana hangatnya bahang kemerdekaan.
"Dari segi penyertaan dan sambutan cukup membanggakan tahun ini," kata Wahid Mat, penghulu kawasan Salak kepada Astro AWANI.
Bagi juara pertandingan ini Rosli Putin, bukan kemenangan yang diimpikannya. Sebaliknya dia lebih berbangga dengan semangat penduduk kampung yang tidak kisah berhabis wang dan masa demi memeriahkan sambutan hari bersejarah ini.
"Apabila saya mengibarkan bendera ini semangat sebagai anak jati Malaysia itu membara.
"Seperti mana ibu-bapa dan generasi terdahulu berjuang hingga akhirnya dapat menikmati erti kemerdekaan," ujarnya.
Diadakan selama seminggu,Program Kejiranan Mesra di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ini menggalakkan penduduk kampung untuk menzahirkan semangat patriotisme dengan cara kreatif dan bukan setakat melepas kata di bibir.
Topic Berkaitan
#anak
#Astro
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Hari Malaysia
#Jalur Gemilang
#Kampung Salak
#Kuching
#Malaysia
#Merdeka
#rumah
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan