IPOH: Ipoh berpotensi besar menjadi bandar raya utama yang menerajui industri pembuatan tandas di Malaysia, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Ujarnya, walaupun ada segelintir pihak yang sinikal terhadap perkara tersebut, industri tandas boleh menarik ramai pelabur ke Ipoh khususnya dan Perak amnya.
Ia memandangkan banyak sumber mineral yang terdapat di daerah Kinta, yang boleh dieskport ke negara Asia Tenggara dan Selatan, memandangkan permintaan yang tinggi.
"Mungkin perkara ini menjadi bahan ketawa atau ramai yang ketawa bila bercakap tentang industri tandas, namun ia boleh menjadi sumber pendapatan utama negeri ini.
"Barang untuk bina tandas, semuanya merupakan industri, sebab itu untuk nilai pengeluarannya hampir mencecah RM80 hingga RM90 bilion.
"Kita boleh eksport ke Indonesia, Thailand sebabkan mineral itu banyak di sini sebenarnya. Kalau di Thailand misalnya, mungkin agak sukar untuk dapatkan mineral silika pasir lombong," katanya
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Oktober, di sini, hari ini.
Justeru katanya, stigma orang ramai terhadap potensi industri itu perlu diubah, selari dengan peredaran zaman.
"Tetapi kalau di Perak, industri tandas kita tidak besar dan kurang. Mungkin kita fikir ia benda kecil tetapi sebaliknya.
"Kalau di negara Asia Selatan, India misalnya, rakyatnya lebih ramai daripada China dan sedang bergerak ke depan.
"Kalau dulu tandas mereka agak tidak teratur, tetapi kini mereka giat bina tandas baharu. Ia merupakan keperluan.
"Jadi bila kita boleh rebut peluang itu untuk eksport barangan buat tandas ke sana. Cuba bayangkan berapa banyak pendapatan kita boleh raih," katanya lagi.
Aida Aziz
Tue Oct 31 2023
Rumaizi berkata, stigma orang ramai terhadap potensi industri pembuatan tandas perlu diubah, selari dengan peredaran zaman. - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
KPM minta sama-sama jaga tandas yang diselenggara
Kementerian Pendidikan (KPM) menyeru semua pihak di sekolah termasuk guru dan murid agar bersama-sama menjaga kebersihan tandas.
Bukan lagi bahan jenaka, Ipoh berpotensi besar terajui industri tandas
Katanya, walaupun ada yang sinikal, beliau yakin industri tandas mampu menarik ramai pelabur ke Perak, khususnya Ipoh.
Kedalaman air hanya 1 inci dalam baldi, boleh buat anak lemas!
Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter. Ibu bapa kena tahu hal ini.
Lelaki ditemukan maut terduduk dalam tandas dengan kesan kelar
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terduduk sambil mukanya berada di dalam lubang tandas.
Pelajar bersihkan tandas: KPM akan perinci pelaksanaan - Fadhlina
Pelajar bersihkan tandas: KPM akan perinci pelaksanaan - Fadhlina
485 tandas rumah ibadat dinaik taraf babitkan nilai RM10 juta
Sehingga Februari lalu sebanyak 407 tandas atau 84 peratus kerja naik taraf dan penambahbaikan telah siap dilaksanakan.
Tandas kapsul SpaceX rosak, angkasawan terpaksa pakai 'lampin'
"Perjalanan angkasa penuh dengan perubahan kecil. Ini satu lagi yang kami perlu hadapi dan tangani dalam misi ini."
Penceroboh cedera terjun tingkat tiga bangunan
Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai bertindak menceroboh bangunan berkenaan namun disedari petugas sekolah terbabit.
Wanita tidak sedar diri hamil, sehinggalah melahirkan bayi dalam tandas
Seorang wanita hanya mengetahui dirinya hamil selepas dia melahirkan seorang bayi dalam tandas rumahnya.
Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.