MALAYSIA
'Bukan nak hukum orang mati, kembalikan wang diambil secara tidak sah' - PM

Anwar turut menyelar sikap ‘membisu’ pembangkang terhadap isu rasuah, berbanding semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sejak 2008 sehingga 2022. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap pembangkang yang dilihat seakan mempertahankan tokoh terpalit rasuah.
Menurut beliau, fokus kerajaan adalah untuk mendapatkan semula wang rakyat yang didakwa diambil secara tidak sah.
“Kita bukan nak menghukum orang yang mati, kita nak ambil balik duit yang dia ambil secara tidak sah,” katanya lagi.
Anwar turut menyelar sikap ‘membisu’ pembangkang terhadap isu rasuah, berbanding semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sejak 2008 sehingga 2022.“Pembangkang tak banyak bicara hal rasuah, hairan. Kalau saya dulu masa pembangkang, rasuah (adalah) nombor satu,” demikian katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, Khamis.
Malah, beliau menyindir tindakan pembangkang yang mempertikai langkah kerajaan mengambil tindakan terhadap individu yang sudah tiada.
“Bahkan bila kita ambil tindakan... (pembangkang kata) mana boleh, kesian... sudah tua... sudah tiada,” katanya.
Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyebut nama individu semasa membangkitkan isu tersebut.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kerajaan tidak berniat menghukum individu yang telah meninggal dunia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami