awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
31/08/2020
01:00 MYT
Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA
Lima prinsip Rukun Negara perlu dijadikan panduan, amalan semua pihak termasuk pemimpin negara. -Gambar fail
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Rukun Negara bukan sekadar simbolik tetapi perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
Titah baginda, lima prinsip Rukun Negara perlu dijadikan panduan dan amalan semua pihak termasuk pemimpin negara.
"Rukun Negara bukan untuk dijulang sebagai simbolik menerusi bacaan pada saban tahun, sebaliknya roh dan semangat Rukun Negara hendaklah dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan seharian.
"Mengimbau sejarah hitam 50 tahun lalu, perbalahan kaum telah sedarkan pemimpin negara untuk wujudkan satu formula untuk dijadikan pegangan dan perpaduan.
"Lantaran itu, lahirlah Rukun Negara yang dijadikan asas perpaduan nasional dan pembentukan negara bangsa.
"Terkandung dalam lima prinsip, Rukun Negara adalah satu formula keramat bagaimana rakyat berbilang bangsa, budaya dan agama boleh mengatasi segala perbezaan dan kepelbagaian itu dan seterusnya dapat hidup secara rukun dan damai," titah Baginda.
Al Sultan Abdullah bertitah demikian sempena sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini, hari ini.
Seri Paduka bertitah Perlembagaan Persekutuan termasuk semua perkara hak keistimewaan yang disepakati perlu dihormati dan dipertahankan.
"Keadilan di negara ini terikat kepada undang-undang yang wajib dihormati dan patut dipatuhi tanpa mengira pangkat dan darjat.
"Rukun Negara menuntut agar perpaduan rakyat berbilang kaum dibentuk menerusi budaya sopan santun serta hormat menghormati dan disulami dengan nilai-nilai murni," titah baginda.
Topic Berkaitan
#perpaduan
#rakyat
#Rukun Negara
#sambutan hari kebangsaan
#undang-undang
#Yang di-Pertuan Agong
#Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan