Bukan subjek baharu, pembentukan karakter murid diintegrasi di sekolah mulai 2026 - Fadhlina

Fadhlina berkata pendekatan itu, bertujuan melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga memiliki kekuatan emosi, disiplin diri dan kemahiran sosial yang tinggi. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan pelaksanaan pembentukan karakter murid secara menyeluruh mulai 2026, dengan pendekatan bersepadu yang diintegrasikan dalam subjek pembelajaran sedia ada.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pembentukan karakter murid secara menyeluruh mulai 2026 melalui pendekatan bersepadu yang diintegrasikan dalam subjek sedia ada, dengan penekanan kepada latihan amali dan pengamalan nilai dalam kehidupan seharian.
- Pelaksanaan akan dimulakan dengan murid prasekolah pada tahun 2026 sebelum diperluas kepada murid Tahun Satu dan seterusnya, dengan guru diperuntukkan masa khusus dalam waktu pengajaran harian untuk aktiviti pembentukan karakter.
- Inisiatif ini bertujuan melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga memiliki sahsiah, kekuatan emosi, disiplin diri dan kemahiran sosial, dengan sokongan latihan khas kepada guru serta galakan kepada ibu bapa untuk menyokong pelaksanaannya.
"Ini sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Saya mohon bagi ruang kepada guru-guru dan anak-anak kita untuk perjalanan kurikulum baru yang akan mula pada tahun hadapan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar "Wacana Fikrah Siddiq Fadzil: Karamah Insaniyah - Pencetus Negara Bangsa", di sini hari ini.
Fadhlina berkata pendekatan itu, bertujuan melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga memiliki kekuatan emosi, disiplin diri dan kemahiran sosial yang tinggi.
Beliau berkata pelaksanaan inisiatif itu akan dimulakan dengan murid prasekolah tahun hadapan sebelum diperluas kepada murid Tahun Satu dan seterusnya.
Beliau berkata latihan khas dan sokongan akan diberikan kepada guru bagi memastikan pelaksanaan kurikulum baharu itu berjalan dengan berkesan, selain menyeru ibu bapa agar memberi sokongan kepada anak-anak dalam menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


