awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan surat amaran, tapi pemberitahuan tunggakan yuran - Pasti

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2022
00:30 MYT
Bukan surat amaran, tapi pemberitahuan tunggakan yuran - Pasti
Pasti Malaysia nafi keluar surat amaran kepada bapa pelajar berhubung tunggakan yuran berjumlah RM1,000.
SHAH ALAM: Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Malaysia menafikan mengeluarkan surat amaran kepada bapa seorang pelajarnya berhubung tunggakan yuran Pasti berjumlah RM1,000 seperti didedahkan oleh seorang Ahli Parlimen DAP.
Menurut Pasti, surat tersebut adalah bersifat pemberitahuan mengenai jumlah yuran tertunggak.
"Pasti Malaysia ingin menjelaskan bahawa laporan berkenaan surat amaran dikeluarkan oleh Pasti adalah tidak tepat dan tidak mencerminkan situasi sebenar yang berlaku.
"Surat pemberitahuan adalah prosedur biasa yang dikeluarkan bagi memastikan pengoperasian Pasti dapat diuruskan dengan lancar.
"Difahamkan surat tersebut telah dikeluarkan atas permintaan bapa murid itu bagi tujuan menyokong permohonannya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS)," menurut kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat Pasti Malaysia, pada Rabu.
Pasti Malaysia menegaskan, pengurusannya di semua peringkat sentiasa prihatin, cakna dan membantu ibu bapa pelajar yang menghadapi masalah kewangan dengan memberikan pertimbangan pengurangan atau pengecualian bayaran yuran sekiranya pihak ibu bapa membuat permohonan secara bertulis.
Menurut kenyataan itu, Pasti Malaysia bersama wakil Dewan Pemuda Pas Malaysia akan bertemu lelaki tersebut bagi menyelesaikan permasalahan dihadapinya termasuk berkaitan persekolahan anaknya di Pasti.
Pada Selasa, seorang ahli parlimen memuat naik kisah mengenai bapa murid itu menerusi satu hantaran di Facebook.
Turut dinyatakan kesukaran hidup dihadapi lelaki berkenaan termasuk mengenai surat amaran tunggakan yuran Pasti yang didakwa diterima lelaki tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pusat asuhan tunas islam
#bukan surat amaran
#yuran tertunggak
#Lembaga Zakat Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan