MALAYSIA
Bukit Aman umum pertukaran lapan pegawai kanan bermula 25 Ogos ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran lapan pegawai kanan agensi itu berkuat kuasa 25 Ogos ini.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran lapan pegawai kanan agensi itu berkuat kuasa 25 Ogos ini.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman ACP Julina Salehuddin berkata pertukaran itu membabitkan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Beliau berkata Komandan PULAPOL Kuala Lumpur DCP Alzafny Ahmad pula dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan manakala Setiausaha Polis Malaysia Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Abdullah kini memangku pangkat DCP.
"Selain itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Datuk Mohd Yhazid Idris dilantik sebagai Komandan PULAPOL Kuala Lumpur sementara Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Mohd Khairiel Mohd Arif dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan dengan memangku pangkat SAC," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka Supt Mohamad Rusli Mat dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP dan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan, Pahang dengan memangku pangkat ACP.
"Supt (D8) Operasi Taktikal Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Supt Mohd Syah Rizal Zahari dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kelantan dengan memangku pangkat ACP," katanya.
-- BERNAMA