Perbadanan Bukit Bendera (PHC) menjangkakan yang Bukit Bendera dan kawasan sekitarannya akan mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Rizab Biosfera dalam tempoh dua tahun lagi.
Pengurus Besarnya Datuk Cheok Lay Leng berkata, Kabinet baru-baru ini telah meluluskan kertas kerja untuk permohonannya yang dibentangkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
"Kami dimaklumkan awal September yang Kabinet telah meluluskan kertas kerja yang akan dihantarkan kepada UNESCO, di mana ia mungkin akan mengambil masa dua tahun untuk dinilai," katanya kepada media selepas perasmian 'Banglow Hillside Retreat' oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di sini pada Sabtu.
Cheok berkata, Rizab Biosfera Bukit Bendera akan menrangkumi Bukit Bendera sebagai taman utama, Taman Negara Teluk Bahang dan Taman Laut, dengan kawasan seluas lebih 12 ribu hektar dengan pihaknya telah menentukan zon teras, zon penampan, zon peralihan serta zon yang perlu dipelihara dengan jelas.
Bukit Bendera yang terdiri daripada hutan simpan semula jadi yang belum terusik itu, didapati mempunyai 85 spesies bunga orkid, lebih 100 spesies burung, tiga spesies monyet ikonik selain beberapa tumbuhan, semut dan pelbagai spesis labah-labah.
Sementara itu Chow berkata, pengiktirafan itu akan memberi manfaat kepada semua penduduk Pulau Pinang dan akan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Bukit Bendera.
Beliau berkata, seperti Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, ia telah meningkatkan sektor pelancongan dan menarik lebih ramai kedatangan pelancong luar sebelum terjadinya pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 19 2020

Bukit Bendera mempunyai 85 spesies bunga orkid, lebih 100 spesies burung, tiga spesies monyet ikonik selain beberapa tumbuhan, semut dan pelbagai spesis labah-labah, - Gambar fail

Trump ucap selamat kepada pentadbiran baharu AS
Dalam video ucapan akhir itu, Trump yang merupakan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 berharap negara akan kekal makmur di bawah pentadbiran baharu.
![[LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris [LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611095461_BidenHarris.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris
Joe Biden bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 hari ini.

Maszlee lancar kempen #SimpangMembaca
Sejumlah 3,000 beg dan bahan-bahan seperti buku cerita, buku mewarna dan pensel warna telah siap disusun dan sedia untuk diedarkan ke seluruh Simpang Renggam.

Muhammad Ehsan yang lemas di New Zealand selamat dikebumikan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia.

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat
FAM menyambut baik keputusan KBS membenarkan pasukan negara menjalani kem latihan pusat.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Projek kereta kabel Bukit Bendera akan diteruskan - Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan meneruskan projek tersebut melalui konsep kerjasama dengan pihak swasta.

P. Pinang tetap teruskan 4 projek infrastruktur yang dibatalkan peruntukan - KM
Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan keempat-empat projek infrastruktur di negeri itu yang dibatalkan kerajaan Pusat demi kepentingan dan manfaat 1.6 juta rakyat negeri itu.

Perkhidmatan kereta kabel tergendala, 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas
Seramai 150 pengunjung Bukit Bendera termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas di Stesen Tengah pusat peranginan itu pada petang Sabtu.

Bukit Bendera dijangka terima pengiktirafan UNESCO - PHC
Pengurus Besarnya Datuk Cheok Lay Leng berkata, Kabinet baru-baru ini telah meluluskan kertas kerja untuk permohonannya yang dibentangkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

PKPP: MAATFA jangka taman tema terima ramai pengunjung
Beliau berharap kerajaan Persekutuan akan membenarkan pembukaan semula semua taman tema dan tarikan di seluruh negara tidak lama lagi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.

Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera kembali beroperasi mulai esok
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan kembali beroperasi seperti biasa untuk kegunaan orang ramai bermula esok.

Kereta api Bukit Bendera dibuka kepada penduduk, pendaki mulai Sabtu
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan dibuka semula mulai Sabtu ini (6 Jun).

COVID-19: Festival Bukit Bendera ditangguh
Festival Bukit Bendera 2020 (PHF2020) yang dijadualkan pada Julai, ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan COVID-19.

Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7 malam sebelum sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Operasi kereta api funikular dalam keadaan baik, selamat
Pengurus Besar PHC, Datuk Cheok Lay Leng berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta api itu mengikut jadual.