awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Dinding, Bukit TM Wangsa Maju dipertimbang sebagai HSK

Bernama
Bernama
08/05/2023
13:03 MYT
Bukit Dinding, Bukit TM Wangsa Maju dipertimbang sebagai HSK
Nik Nazmi berkata, NRECC menerusi Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan sedang mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai di Kuala Lumpur dan Labuan untuk meningkatkan HSK di Wilayah Persekutuan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Bukit Dinding dan Bukit TM Wangsa Maju di Kuala Lumpur adalah antara lokasi yang dicadangkan untuk dijadikan kawasan hutan simpan kekal (HSK) di Wilayah Persekutuan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan sedang mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai di Kuala Lumpur dan Labuan untuk meningkatkan HSK di Wilayah Persekutuan.
Bercakap kepada media selepas melancarkan maskot RoboST dan komik Adiwira ST yang diperkenalkan Suruhanjaya Tenaga (ST) di sini hari ini, beliau berkata walaupun kawasan ibu negara mempunyai 'limitation' dari segi saiz namun masih terdapat usaha untuk meningkatkan HSK di Wilayah Persekutuan.
"Bukit Dinding dan Bukit TM Wangsa Maju antara calon-calon tempat untuk dijadikan kawasan HSK," katanya mengulas cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar agar hutan di sekitar Kuala Lumpur diwartakan sebagai kawasan hijau antaranya Bukit Dinding, Bukit TM Wangsa Maju, Bukit Kiara dan Bukit Pudu Ulu.
Nik Nazmi berkata Bukit Dinding, yang sebahagian adalah tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, contohnya akan dicadangkan sebagai kawasan rekreasi atau hijau.
Menurutnya, pewartaan terbaharu di Wilayah Persekutuan adalah pada 2021 di Hutan Simpan Sungai Besi melibatkan tambahan sebanyak 23.83 hektar.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata ST memperkenalkan label ST-SIRIM baharu bagi memudahkan pengguna menyemak ciri keselamatan kelengkapan elektrik rumah melalui kod QR.
Beliau berkata label ST-SIRIM bukan sahaja memastikan kejadian kecederaan serta kematian ekoran kebocoran elektrik dapat dielakkan tetapi juga kecekapan tenaga yang membantu menjimatkan bil elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#Suruhanjaya Tenaga
#Bukit Dinding
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan