awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buku Pak Lah bukan serangan keatas Tun M

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2013
06:34 MYT
Buku Pak Lah bukan serangan keatas Tun M
Penyunting buku mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bakal terbit tidak lama lagi menafikan buku itu adalah satu serangan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penganalisis politik, James Chin sebaliknya menjelaskan, buku itu adalah satu penerbitan akademik mengenai pentadbiran Abdullah. "Buku itu bukan satu pendedahan dan bukan juga serangan ke atas Tun (Dr.) Mahathir. Ia sebuah buku akademik mengenai pentadbiran (Tun Abdullah) sebagai PM," tulis James Chin dalam satu e-mel kepada Astro Awani. James Chin, pensyarah sains politik di Universiti Monash Kampus Sunway, menyunting buku itu bersama Bridget Welsh, pensyarah sains politik di Universiti Pengurusan Singapura (SMU). James Chin juga menjelaskan buku itu belum siap, dan laporan sebuah portal berita mengenainya ditulis tanpa merujuk kepada beliau dan Welsh. Sebuah portal berita yang memetik sumber melaporkan pada Jumaat bahawa Tun Abdullah akhirnya akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan ke atasnya oleh Tun Dr. Mahathir dalam sebuah buku yang akan terbit selepas Tahun Baru Cina. Portal itu juga melaporkan, sekiranya apa yang dikatakan oleh sumber itu betul, ia adalah kali pertama Abdullah menjawab tuduhan Tun Dr. Mahathir yang bermula sejak beliau jadi Perdana Menteri pada 2003. Serangan itu muncul selepas Abdullah mengetepikan beberapa projek pembangunan yang dimulakan oleh Dr. Mahathir termasuk membatalkan projek jambatan menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura. Serangan itu meningkat luar biasa selepas prestasi buruk Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah dalam pilihan raya umum 2008. Dr. Mahathir juga pernah menggesa Abdullah letak jawatan dan beliau sendiri keluar daripada UMNO dengan alasan hilang keyakinan kepada Abdullah.
Topic Berkaitan
#James Chin
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#Tun Dr. Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan