awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buku Tommy Thomas: Langkah berdiam diri pimpinan PH dipersoal

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2022
08:56 MYT
Buku Tommy Thomas: Langkah berdiam diri pimpinan PH dipersoal
"Saya tak tahu mengapa mereka diam, biasanya mereka yang diam ini, adalah mereka yang bersalah, biasanyalah," kata Ismail Sabri. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Harapan(PH) dipersoalkan berhubung langkah berdiam diri yang diambil berkaitan pendedahan laporan siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk 'My Story: Justice In The Wilderness' tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan pimpinan PH yang berdiam diri atas pendedahan tersebut adalah sesuatu yang menghairankan.
"Saya tak tahu mengapa mereka diam, biasanya mereka yang diam ini, adalah mereka yang bersalah, biasanyalah.
"Laporan tersebut telah dinyahklasifikasikan, sesiapa sahaja boleh melihat di laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, terdapat beberapa kesalahan yang didapati melibatkan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Akta Rahsia Rasmi.
"Kita serahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasatnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat berkaitan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan banjir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa.
Pada 13 Oktober lalu, kerajaan bersetuju untuk menyahklasfikasikan dan mendedahkan laporan siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk"My Story: Justice In The Wilderness" tulisan Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Penerbitan laporan yang kini boleh diakses di laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri itu disiapkan kira-kira seminggu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengarahkan ia didedahkan kepada umum. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tommy Thomas
#ismail sabri yaakob
#Peguam Negara
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan