MALAYSIA
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Majlis Kenduri Rakyat Desa Madani 2025 berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan baik daripada para hadirin yang hadir. -Foto KKDW
LENGGONG: Suatu ketika dahulu, Kampung Bukit Sapi di Lenggong berhadapan dengan akses yang terhad dan kemudahan asas yang terbatas.
Ringkasan AI
Hari ini, wajah kampung itu berubah, membawa bersama harapan baharu buat penduduk yang sekian lama menanti pembangunan menyentuh kehidupan mereka secara langsung, menerusi "Program Kampung Angkat MADANI."
Daripada urusan keluar masuk kampung yang kini lebih mudah, sehinggalah kemudahan awam yang semakin selesa dan tersusun, perubahan yang berlaku bukan sekadar fizikal, tetapi turut memberi kesan kepada rasa selamat, keyakinan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Bagi penduduk Kampung Bukit Sapi, transformasi dinikmati ketika ini disifatkan umpama ‘bulan jatuh ke riba’ kerana sesuatu yang dahulu hanya diimpikan, kini menjadi realiti dapat dirasai setiap hari.
Seorang peniaga, Fazilah Puat, berkata perubahan paling ketara adalah pembinaan jambatan yang menghubungkan kampung, sekali gus memudahkan pergerakan penduduk.
“Sekarang ini kita tengok jambatan ini baru dibuat, ditubuhkanlah. Sebelum ini memang tiada jambatan. Untuk orang yang sebelah sana, nak ke sini, nak ke kampung, daripada kampung seberang nak ke sini, memang menggunakan jalan sungai.
“Sebelum ada jambatan ini, hanya motor sahaja yang boleh lalu,” jelasnya.
Bagi Sharifah Ghazali yang juga seorang suri rumah, naik taraf kemudahan asas membawa perubahan besar dari segi keselesaan dan keselamatan keluarga.
“Dulu kami semuanya naik sampan nak ke seberang Bukit Sapi, sekarang ni tiada macam itu lagi.
“Lepas itu klinik pun selesa dah sekarang, dewan pun dah cantik... sekarang ini tiada macam itu dah,” katanya.
Perubahan itu turut dirasai dalam aspek pendidikan. Bekas guru KAFA, Mohd Tajudin Alias, menyifatkan akses yang lebih baik memberi kesan langsung kepada perjalanan harian murid ke sekolah.
“Dulu rasanya kampung ini masih lagi menghadapi pelbagai kesukaran.
“Anak-anak nak datang ke sekolah terpaksalah melalui jalan-jalan yang masih becak lagi. Tetapi berbanding dengan sekarang ini anak-anak datang sekolah dengan mudah.
“Sekolah agama rakyat pun dah cantik, sekolah kebangsaan baharu pun cantik, perubahannya memang ketara sekali,” ujarnya.
Perkembangan ini berlaku menerusi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI di bawah Kementerian Komunikasi yang menyaksikan Kampung Bukit Sapi menerima peruntukan sebanyak RM1 juta melibatkan 13 skop projek.
Daripada jumlah itu, 10 projek fizikal telah dilaksanakan, termasuk naik taraf sekolah agama, pembinaan titi sungai, penambahbaikan klinik desa, jalan ladang, masjid, surau, dewan orang ramai, pemasangan lampu jalan solar serta infrastruktur sekolah.
Selain itu, tiga projek bukan fizikal turut dilaksanakan merangkumi program pemerkasaan sosial seperti gotong-royong keceriaan kampung, pelaksanaan Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile dan Program Motivasi Pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Sapi, Afandi Hassan, berkata kampung yang suatu ketika dahulu ketinggalan kini menikmati pembangunan yang amat memberangsangkan.
“Masa tahun 90-an dulu, Bukit Sapi ini kemudahannya begitu susahlah untuk orang luar nak datang ke sini, memang susah melalui sampan dan jalan pun terpaksa jalan kaki ya, kemudahan memang tak ada untuk Bukit Sapi ini.
“Tapi sekarang ini, bila pembangunan yang dibuat, jambatan kan, dengan elektrik semua rasanya Alhamdulillah Kampung Bukit Sapi telah maju daripada dulu,” ujarnya.
Secara keseluruhan, inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam merapatkan jurang pembangunan luar bandar dengan Kampung Bukit Sapi kini menikmati kemudahan yang lebih selesa, selamat dan menyokong kesejahteraan komuniti setempat sekali gus membuka lembaran baharu buat kehidupan penduduknya.
Ringkasan AI
- Program Kampung Angkat MADANI membawa perubahan signifikan kepada Kampung Bukit Sapi di Lenggong dengan peningkatan aksesibiliti dan kemudahan asas yang menyentuh kehidupan penduduk secara langsung.
- Transformasi fizikal kampung termasuk pembinaan jambatan, peningkatan kemudahan awam, dan naik taraf infrastruktur memberi kesan positif terhadap rasa selamat, keyakinan, dan kesejahteraan komuniti setempat.
- Melalui peruntukan RM1 juta untuk 13 projek, Kampung Bukit Sapi menerima pembangunan fizikal dan program sosial, mencerminkan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang pembangunan luar bandar untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada penduduknya.