LABUAN: Bulatan Merdeka yang usang di pusat bandar Labuan sedang dinaik taraf menjadi sebuah mercu tanda ikonik sekali gus akan merubah kawasan itu sebagai tempat pelancongan yang mesti dikunjungi.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata projek pengubahsuaian itu sebahagian daripada usaha pihaknya untuk memperindah pulau bebas cukai berkenaan.
Beliau berkata projek reka bentuk semula Bulatan Merdeka pertama kali dilaksanakan pada 1970 disusuli pada sekitar 1980-an dan kali terakhir sekitar 1990-an.
"Kita (Perbadanan Labuan) akan melakukan apa yang terdaya untuk mengindahkan pulau kita... kita memerlukan kerjasama erat daripada masyarakat untuk menyokong projek ini.
"Memandangkan projek ini mengambil masa kira-kira 10 bulan untuk disiapkan, kita berharap pengguna jalan raya berhati-hati apabila melalui kawasan Bulatan Merdeka," katanya kepada Bernama.
Rithuan berkata air pancut di Bulatan Merdeka akan ditambah baik dengan struktur yang lebih menarik berserta reka bentuk kontemporari dan moden, yang mencerminkan identiti Labuan sebagai ‘bandar maritim’.
Beliau berkata projek berkenaan berkonsepkan maritim dengan pembinaan karangan yang dikelilingi rumpai laut tiruan dan landskap tersusun.
"Reka bentuk baharu ini melambangkan kedudukan Labuan yang dikelilingi lautan berserta gugusan pulau dan projek itu menampilkan unsur abstrak batu karang sebagai komponen utama projek.
"Seluruh kawasan Bulatan Merdeka akan diterangi untuk menjadikannya tempat yang meriah di tengah-tengah bandar Labuan," katanya.
Menurut Rithuan, projek berkenaan yang bermula pada 6 Feb lepas dijangka siap sepenuhnya pada 31 Dis tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Air pancut di Bulatan Merdeka akan ditambah baik dengan struktur yang lebih menarik berserta reka bentuk kontemporari dan moden, yang mencerminkan identiti Labuan sebagai 'bandar maritim'. - Gambar fail/BERNAMA
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.
Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan selama tiga hari bermula Rabu
Keadaan cuaca ini dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, dan Sandakan, serta Labuan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.