MALAYSIA
Buli di Malaysia perlu ditangani segera - UNICEF
Gass berkata kanak-kanak sendiri secara konsisten menyuarakan kebimbangan mereka mengenai buli. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Buli perlu ditangani segera, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran kerana ia menimbulkan risiko serius terhadap keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.
Menyatakan kebimbangan mendalam dan rasa sedih terhadap laporan terkini insiden buli dalam kalangan kanak-kanak, Wakil UNICEF ke Malaysia merangkap Wakil Khas ke Brunei Darussalam Robert Gass berkata masalah itu boleh membawa kesan yang tragis.
Beliau menegaskan bahawa tiada kanak-kanak sepatutnya merasa takut berada di sekolah dan tiada ibu bapa perlu risau anak mereka tidak pulang ke rumah dengan selamat.
"Sekolah mesti menjadi ruang yang selamat dan menyeronokkan, tempat kanak-kanak belajar, membesar serta membina persahabatan dengan penuh maruah dan hormat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Gass berkata kanak-kanak sendiri secara konsisten menyuarakan kebimbangan mereka mengenai buli.
Dalam tinjauan UNICEF pada 2017, buli dikenal pasti sebagai antara kebimbangan terbesar mereka, manakala Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 menunjukkan 8.6 peratus kanak-kanak melaporkan menjadi mangsa buli dalam tempoh sebulan lalu.
Beliau menambah bahawa panduan UNICEF serta rundingan dengan kanak-kanak menekankan keperluan saluran aduan yang lebih selamat, dasar sekolah yang lebih kukuh serta guru yang mampu bertindak dengan empati supaya setiap murid dapat belajar tanpa rasa takut.
Insiden terkini yang dilaporkan media, katanya, menggariskan keperluan mendesak untuk memperkukuh sistem perlindungan kanak-kanak di Malaysia bagi mencegah serta memberi tindak balas berkesan terhadap keganasan, eksploitasi, pengabaian dan penderaan, sama ada dalam talian atau luar talian.
"Ini termasuk melabur dalam perkhidmatan pekerja sosial profesional serta tenaga kerja perkhidmatan sosial yang lebih luas seperti kaunselor sekolah," katanya.
Gass memuji kerajaan dan rakan kerjasama kerana mengambil tindakan terhadap keganasan ke atas kanak-kanak, namun menegaskan dasar berpusatkan kanak-kanak yang lebih kukuh, sistem perlindungan lebih baik serta budaya prihatin dalam bilik darjah masih diperlukan.
"Paling utama, semua usaha ini mesti menegakkan hak setiap kanak-kanak untuk mendapat keselamatan, maruah dan pendidikan tanpa rasa takut," katanya.
Beliau turut menekankan bahawa tindak balas perlu bergerak daripada sikap menyalahkan kepada penyelesaian, sambil mengingatkan bahawa kanak-kanak yang membuli juga adalah kanak-kanak yang hak mereka mesti dijaga dan tindakan terhadap mereka harus melalui bimbingan serta proses sewajarnya.
UNICEF menegaskan kesediaannya untuk menyokong kerajaan memastikan budaya membuli tidak lagi wujud di Malaysia.
"Setiap kanak-kanak berhak untuk selamat, dihargai dan dilindungi di setiap ruang mereka berada. Melindungi hak ini bukan sekadar tanggungjawab di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, tetapi janji yang mesti kita tepati," tambah Gass.
-- BERNAMA