MALAYSIA
Buli: Dua lagi pelajar MRSM Besut direman
KUALA TERENGGANU: Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut yang ditahan petang semalam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes buli pelajar di sekolah berkenaan.
Ringkasan AI
- Dua pelajar MRSM Besut direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes buli yang berlaku di asrama sekolah; mereka ditahan selepas hadir ke IPD Besut bersama keluarga.
- Lima pelajar lain turut direman sebelum ini, manakala dua pelajar Tingkatan Dua mendakwa menjadi mangsa buli termasuk dipaksa duduk separa mencangkung, ditumbuk dan ditampar sehingga mengalami kecederaan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan pihak polis menekankan kepentingan keselamatan pelajar serta tindakan sewajarnya terhadap insiden buli.
Sebelum ini, lima pelajar di sekolah sama berusia 15 hingga 17 tahun yang dipercayai turut terlibat dengan kes buli, ditahan reman hingga esok.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu sebelum ini berkata setakat ini dua pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama pada 11.30 malam Selasa lepas.
Seorang daripada mangsa mendakwa telah dipaksa untuk duduk dalam keadaan separa mencangkung, diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami