awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli jalanan: Polis minta pemandu, pemilik akaun Facebook tampil

Sinar Harian
Sinar Harian
28/04/2023
10:12 MYT
Buli jalanan: Polis minta pemandu, pemilik akaun Facebook tampil
Tangkap layar video tular memaparkan kereta yang terlibat buli jalanan di Kilometer 20.9 dari Teluk Kemang menghala ke Seremban. -Foto Sinar Harian
PORT DICKSON: Individu yang terlibat dalam video tular yang memaparkan insiden buli jalanan di Kilometer 20.9 dari Teluk Kemang menghala ke Seremban di sini diminta tampil ke Balai Polis Port Dickson bagi membantu siasatan.
Ia termasuk pemilik akaun Facebook 'azamaziz' dan saksi yang melihat kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal terhadap video berdurasi sembilan saat itu mendapati, kejadian berlaku pada Jumaat antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.
"Pada 28 April telah tular sebuah video berdurasi sembilan saat melalui aplikasi Facebook oleh pemilik akaun 'azamaziz' yang menunjukkan sebuah kenderaan jenis motorkar menghalang pergerakan kenderaan lain.
"Polis memohon kepada pemilik akaun Facebook, pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan yang terlibat dan saksi yang melihat kejadian itu supaya hadir ke Balai Polis Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, siasatan akan dilakukan dari semua sudut bagi mengenal pasti motif berlaku insiden tersebut dan sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-647222.
Ujarnya, orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian berkenaan.
Selain itu katanya, pemandu kenderaan diingatkan supaya mementingkan sikap bersabar, berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya memandangkan rakyat Malaysia masih lagi dalam suasana Hari Raya Aidilfitri.
"Ia bagi mengelak tercetus kejadian kemalangan yang mendatangkan musibah di musim perayaan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buli jalanan
#Teluk Kemang menghala ke Seremban
#azamaziz
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan