awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli junior: Empat pelajar mengaku salah sebabkan kecederaan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
23/05/2022
05:38 MYT
Buli junior: Empat pelajar mengaku salah sebabkan kecederaan
Mahkamah menetapkan 22 Jun ini untuk pendengaran laporan akhlak, bagi kesemua tertuduh sebelum hukuman dijatuhkan. - Foto Astro AWANI
SEREMBAN: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah di Seremban dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menyebabkan cedera ke atas seorang pelajar Tingkatan Satu sekolah sama dua minggu lalu.
Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 22 Jun ini untuk pendengaran laporan akhlak, bagi kesemua tertuduh sebelum hukuman dijatuhkan.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa lelaki berusia 13 tahun dengan cara memukulnya di bilik asrama sebuah sekolah di daerah Seremban pada 12 tengah malam, 13 Mei lepas.
BACA: Buli junior, 30 pelajar diambil keterangan
Mereka didakwa mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan, seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di Seremban dilaporkan dipukul dan disepak sehingga mengalami lebam di badan dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam, 13 Mei lalu.
Rentetan itu, mangsa didakwa mengalami lebam, sakit di bahagian badan, pinggul, tangan dan bahu selain disahkan mengalami retak di pergelangan tangan.
Topic Berkaitan
#buli pelajar
#mahkamah
#cedera
#pelajar senior
#Seremban
#buli junior
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan