MALAYSIA
Buli kanak-kanak: Antara keadilan mangsa dan pemulihan pelaku
Isu buli kini mendapat perhatian meluas seluruh negara berikutan kematian tragis pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, Allahyarham Zara Qairina Mahathir. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Antara menuntut keadilan buat mangsa dan melindungi pelaku - itulah cabaran besar yang dihadapi pengamal undang-undang apabila berdepan kes buli melibatkan kanak-kanak.
Menurut peguam bela dan peguam cara, Mahmud Jumaat, pelaku kes buli kanak-kanak tidak terkecuali daripada liabiliti jenayah.
Namun, pendekatan undang-undang terhadap mereka berbeza berbanding pesalah dewasa.
“Kanak-kanak tidak memahami sepenuhnya akibat dan kesan daripada perbuatan mereka. Justeru, identiti mereka perlu dirahsiakan, tangan tidak digari dan mereka juga tidak ditempatkan di kandang tertuduh seperti Orang Kena Tuduh (OKT) lain.
“Dalam sistem perundangan Malaysia, sama ada mangsa atau pelaku, kedua-duanya tetap dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat.
Bagaimanapun, perkembangan semasa menyaksikan ada kanak-kanak yang bertindak di luar batas pemikiran normal seusia mereka.
Hal ini menimbulkan persoalan sejauh mana undang-undang sedia ada mampu menangani cabaran baharu itu. Tidak hairanlah ada pihak mendesak hukuman lebih keras dikenakan.
Namun, jelas Mahmud, sistem perundangan terhadap pesalah kanak-kanak bersifat rehabilitatif atau pemulihan, bukannya hukuman berbentuk punitif.
“Kita mahu mereka kembali ke pangkuan masyarakat dalam keadaan lebih baik serta mampu menyumbang secara positif.
“Di bawah Seksyen 91 Akta Kanak-Kanak, bagi kesalahan yang tidak serius, mereka boleh dilepaskan dengan amaran, bon berkelakuan baik atau khidmat masyarakat. Bagi kes yang lebih berat, mereka akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti atau Henry Gurney,” jelasnya.
Mahmud turut memberi pencerahan mengenai konsep beban pembuktian (burden of proof) yang sering diabaikan masyarakat, khususnya dalam kes melibatkan remaja Zara Qairina Mahathir.
“Dua peruntukan kini menjadi tumpuan di bawah Akta Kanun Keseksaan. Pertama, Seksyen 507C yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya. Kedua, Seksyen 507D(2) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.
“Sifirnya mudah – lebih berat sesuatu hukuman, lebih besar beban pembuktian yang perlu dipenuhi. Buat masa ini, pihak pendakwaan memilih untuk memulakan dengan Seksyen 507C, satu langkah yang dilihat lebih selamat.
“Sekiranya dapat dibuktikan wujud kaitan antara perbuatan buli seperti ugutan, cercaan dan hinaan dengan kematian, barulah pertuduhan boleh dipinda ke tahap lebih berat di bawah Seksyen 507D(2),” kata Mahmud lagi.

#Akta Kanak-kanak 2001
#kes buli kanak-kanak
#Seksyen 507C
#Seksyen 507D 2
#kes Zara Qairina Mahathir