MALAYSIA
Buli: Penggubalan Akta Pendidikan 1996 beri panduan jelas urus kes salah laku murid
Fadhlina berkata penggubalan semula peraturan itu bertujuan memberikan panduan yang lebih jelas kepada guru, dalam mengurus kes salah laku disiplin murid di sekolah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menggubal semula peraturan pendidikan berkaitan disiplin murid di bawah Akta Pendidikan 1996, bagi memperkukuh penguatkuasaan sedia ada.
Ringkasan AI
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penggubalan semula peraturan itu bertujuan memberikan panduan yang lebih jelas kepada guru, dalam mengurus kes salah laku disiplin murid di sekolah.
Beliau berkata KPM memandang serius salah laku buli dan melaksanakan pelbagai program serta intervensi bagi memastikan isu ini tidak terus menular.
"Kita ingin tegaskan bagaimana kita melihat bahawa isu buli ini harus ditangani dengan lebih komprehensif dan efektif.
"Awal tahun 2023, ketika Kerajaan MADANI mengambil alih kerajaan ini, perkara pertama yang kita lakukan ialah memastikan garis panduan buli ini benar-benar dilaksanakan dan memastikan ia terlaksana dengan baik," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Fadhlina menjawab soalan Senator Musoddak Ahmad yang ingin mengetahui usaha kementerian menangani gejala buli yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar sekolah, mutakhir ini.
Beliau berkata kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap pentadbir, guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), yang didapati melindungi kes-kes buli.
"Kita melaksanakan pelbagai program intervensi, 'Bangkit Bermaruah' serta program terkait rapat dengan memperkukuh psikososial anak-anak melalui program bersama dengan peranan guru bimbingan dan kaunseling.
"KPM sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku buli yang berlaku di institusi pendidikan," katanya.
-- Bernama
Ringkasan AI
- KPM sedang menggubal semula peraturan disiplin murid di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi memperkukuh penguatkuasaan dan memberikan panduan lebih jelas kepada guru dalam mengurus kes salah laku.
- Kementerian melaksanakan pelbagai program intervensi seperti 'Bangkit Bermaruah' dan memperkukuh sokongan psikososial melalui guru bimbingan dan kaunseling untuk menangani isu buli secara komprehensif.
- Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pentadbir, guru, JPN atau PPD yang didapati melindungi kes buli, selaras dengan komitmen KPM untuk tidak berkompromi terhadap salah laku di institusi pendidikan.