PUTRAJAYA: Senarai nama doktor yang diterima Kementerian Kesihatan (KKM) kerana didakwa sebagai pembuli doktor junior di Hospital Pulau Pinang (HPP) turut melibatkan doktor pakar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sini hari ini, beliau berkata Unit Integriti KKM telah diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu, manakala satu pasukan petugas khas bebas juga akan ditubuhkan.
Khairy berkata senarai anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat isu buli itu serta terma dan rujukannya akan diumumkan esok, serta menambah bukan beliau yang mempengerusikan pasukan petugas khas itu.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin semalam telah menyerahkan nama lima doktor di HPP yang didakwa sebagai pembuli, kepada KKM.
Ditanya adakah lima doktor tersebut tersebut digantung perkhidmatan buat sementara waktu, Khairy berkata kesemua mereka masih bertugas seperti biasa namun siasatan terhadap doktor itu akan berjalan.
"Kami tidak boleh pindahkan (mereka) begitu sahaja, kami perlu memastikan dahulu apa yang berlaku...ada nama dihantar adalah pakar-pakar. Bukan senang untuk kita pindahkan pakar. Buat masa ini semua bertugas seperti biasa cuma siasatan akan berjalan," katanya.
Khairy berkata siasatan berhubung isu buli di hospital itu dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk diselesaikan.
"Ia melibatkan tuduhan berat seperti buli dan juga budaya kerja tidak profesional. Siasatan akan libatkan sesi temu bual dengan pengadu dan pakar yang dituduh.
"Lebih baik beri sedikit masa supaya pasukan petugas khas bebas dan Unit Integriti KKM dapat jalankan siasatan seperti biasa," katanya.
Pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran HPP.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Maarof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lepas di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Khairy berkata senarai anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat isu buli itu serta terma dan rujukannya akan diumumkan esok. - Gambar fail

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Sktor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.

AWANI Pagi: Usahawan FELDA | Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung
#AWANIpagi membincangkan isu sekuriti makanan, antaranya agensi yang terlibat dalam agenda sekuriti makanan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan
China sebelum ini menyatakan bahawa ia merancang untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang tahun 2025.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [4 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [4 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976443/thumbnails/38269421851656896373068_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [4 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Afiezy Azaman dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan? - Kerajaan tarik lesen penyeleweng subsidi minyak - Musim kemarau di Asia Tenggara termasuk Malaysia bermula #AWANInews #MalaysiaSihat

Hari Raya Aidiladha: Umat Islam di Pakistan lakukan persediaan
Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan lembu-lembu yang akan dijadikan korban pada Hari Raya Aidilahda nanti.

Kenaikan harga: Golongan B40, M40 akui tertekan
Tinjauan di Pasar Besar Dungun mendapati, pengguna terpaksa mengeluarkan belanja berganda demi menampung keperluan semasa.

Buli: Senarai nama diterima turut melibatkan doktor pakar - Khairy
Unit Integriti KKM telah diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu, manakala satu pasukan petugas khas bebas juga akan ditubuhkan.

Doktor pelatih maut: Polis rekod keterangan ahli keluarga dan teman wanita hari ini
Keterangan ahli keluarga iaitu bapa dan abang mangsa akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut petang ini, manakala keterangan kekasih mangsa pula akan dirakam di Nilai, Negeri Sembilan