DREBAR
‘Bumblebee’ kembali dengan generasi ke-6 Camaro




Prestasi
Terdapat enam pilihan kombinasi enjin yang ditawarkan dimana setiap satunya direka khas untuk memberikan prestasi yang tinggi serta meningkatkan kecekapan.
Bagi model Camaro LT, salah satu varian enjin yang ditawarkan adalan enjin bersesaran 2.0L Turbo dengan kuasa sebanyak 275hp dan 400Nm tork. Apabila kuasa diperlukan, enjin ini mampu memberikan 90% kuasanya diantara 2,100rpm hingga 3,000rpm dan kuasa penuh pada 3,000rpm sehingga 4,500rpm. Varian enjin ini mampu memecut dari kelajuan 0km/j hingga 100km/j dalam masa dibawah enam saat dan penggunaan petrol adalah 7.8 liter/100km di lebuhraya sekaligus menjadikannya model Camaro yang paling cekap/jimat.
Satu lagi pilihan varian enjin yang ditawarkan bagi model LT adalah enjin 3.6L V6 yang menghasilkan kuasa sebanyak 335hp dan 385Nm tork, menjadikan enjin ini sebagai enjin V6 NA (Normal Aspirated) yang paling berkuasa di dalam segmennya. Enjin ini menggabungkan tiga teknologi bagi meningkatkan prestasi dan meningkatkan penjimatan iaitu penggunaan teknologi VVT(Variable Valve Timing), sistem semburan bahan api terus (Direct Injection) dan sistem pengurusan bahan api aktif (Active Fuel Management) yang mampu memberhentikan penggunaan dua silinder enjin semasa pemanduan perlahan bagi meningkatkan kecekapan bahan api.
Bagi kedua-dua pilihan enjin pada varian LT ini, transmisi kotak gear enam kelajuan dan Hydra-Matic 8L45 Paddle Shift lapan kelajuan terbaharu ditawarkan kepada pembeli. Ianya adalah berdasarkan kepada Hydra-Matic 8L90 lapan kelajuan tetapi telah ditala bagi bersesuaian dengan enjin yang lebih kecil dan mampu memberi penjimatan bahan api sebanyak 5%.
Camaro SS adalah model Camaro yang paling berkuasa. Ianya dikuasakan oleh enjin 6.2L LT1 V8 yang telah diperkenalkan sebelum ini pada model Corvette Stingray. Ianya turut menawarkan penggabungan tiga teknologi bagi seperti varian Camaro LT iaitu penggunaan teknologi VVT(Variable Valve Timing), semburan bahan api terus (Direct Injection) dan Sistem Pengurusan Bahan Api Aktif (Active Fuel Management). Penghasilan kuasa enjin ini adalah sangat mengkagumkan iaitu 455hp dan 617Nm tork, menjadikannya model SS yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Chevrolet.
Bagi enjin LT1 ini, kotak gear enam kelajuan dengan sistem kawalan putaran (Rev) aktif dan kotak gear Hydra-Matic 8L90 Paddle Shift lapan kelajuan ditawarkan sebagai pilihan.




Teknologi
Rekabentuk
- Pilihan kawalan pemanduan iaitu salji, perjalanan(tour), Sport dan bagi model SS, Track.
- 24 pilihan pencahayaan kabin pada papan pemuka, panel pintu dan konsol tengah.
- Panel skrin 8 inci berdefinisi tinggi dengan fungsi navigasi, maklumat prestasi kereta dan sistem kawalan hiburan.

- Rekabentuk yang lebih atletik dan rekaan luaran yang diukir rapi dengan garisan tepi badan yang lebih lurus serta sistem pencayaan yang moden termasuk penggunaan teknologi LED.
- Pilihan warna kepada pembeli yang lebih banyak iaitu sebanyak 10 pilihan warna luaran, 5 pilihan kombinasi warna dalaman, pilihan pencahayaan dan pilihan-pilihan tambahan seperti sport rim, pakej jalur kereta dan aksesori-aksesori tambahan turut disediakan.
- Rekaan badan luar yang lebih aerodinamik hasil daripada 350 jam kajian yang dilakukan di dalam terowong angin, mengurangkan geseran pada model LT dan meningkatkan downforce pada model SS.
- Rekaan dalaman serba baru yang menumpukan kepada kawalan pemandu seperti Intuitive Control, stereng dengan permukaan bawah yang rata bagi menampakkan ciri sporty dan penggunaan bahan yang berkualiti tinggi.
- Gegelang unik pada lubang udara digunakan untuk kawalan suhu dan kelajuan angin bagi menghapuskan penggunaan butang kawalan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami