Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini terpaksa ditutup kepada orang awam bermula hari ini setelah satu per empat daripadanya runtuh pada pukul 6 pagi tadi.
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata struktur sepanjang 100 meter daripada laluan berbumbung sepanjang 400 meter itu runtuh, dalam hujan lebat dan angin kencang pagi tadi.
"Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda orang awam ketika kejadian berlaku.
Namun, MBKT tetap menutup seluruh laluan itu kerana bimbang kejadian sama berulang lagi dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas meninjau laluan pejalan kaki itu di sini hari ini.
Laluan yang dibina dengan kos RM600,000 menerusi peruntukan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui program 'Kesejahteraan Bandar' itu mula digunakan pada Jun 2015.
Mengulas lanjut, beliau berkata melalui pemeriksaan awal, tiang-tiang itu patah kerana tidak dapat menampung beban bumbung dalam keadaan cuaca buruk hujan lebat dan angin kencang yang berlaku sekarang.
"Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut terlibat dalam siasatan itu. MBKT akan menunggu laporan siasatan dari konsultan dalam tempoh lima hari dan akan menyelesaikan perkara ini dalam tempoh sebulan. Apabila laluan ini benar-benar disahkan selamat, ia boleh digunakan semula oleh orang awam seperti biasa," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika mengulas kejadian itu berkata pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada MBKT berhubung kejadian bagi mengetahui punca sebenar struktur berkenaan runtuh.
"Adakah ia runtuh sebab reka bentuk atau pun kecuaian manusia atau bencana... jadi kita kena tengok dulu sebelum putuskan apa yang perlu dilaksanakan. Pada masa sama saya telah mengarahkan Datuk Bandar supaya memantau dan meneliti supaya keseluruhan struktur-struktur yang melibatkan orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2018

Pekerja MBKT melakukan kerja-kerja meleraikan bumbung dan besi laluan pejalan kaki yang rosak di Jalan Daik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang hari ini. -- fotoBERNAMA

MSSB masih pemegang saham utama MPDSB - Kementerian Kewangan
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan ekoran satu laporan media mengenai penjualan saham milik MSSB iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dalam MPDSB.

Menjelang PRU15 | UMNO mahu penjelasan Pas
UMNO akan mendapatkan penjelasan Pas berhubung pendirian parti itu yang mahu menghentikan sementara rundingan pembahagian kerusi pada plihan raya umum, PRU15.

Rumah Terbengkalai | KPKT rancang pinda akta bagi bela nasib pembeli
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam perancangan untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesanan) 1966 (Akta 118). Pindaan itu dirancang untuk mengawal berlakunya projek terbengkalai sekaligus membela nasib pembeli.
![AWANI Borneo [11/04/2021] - Tiga kluster baharu di Sarawak | Kawalan ketat AWANI Borneo [11/04/2021] - Tiga kluster baharu di Sarawak | Kawalan ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899325/23621876161618142312645_640x360.jpg)
AWANI Borneo [11/04/2021] - Tiga kluster baharu di Sarawak | Kawalan ketat
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: -Kes kumulatif di Sarawak sudah melepasi angka 20,000. -PKPD Kampung Bukit Belacon, Lahad Datu bermula. -Selepas Sarawak, Sabah juga bakal memiliki bas elektrik.

COVID-19 | 1,739 kes baharu COVID-19
Malaysia merekodkan 1,739 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu. Ia sekali gus menjadikan kumulatif kes positif ketika ini adalah 360,856 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 535 kes.

Program Sambung Yang Tergendala dapat sambutan
Program Sambung Yang tergendala edisi kedua yang dianjurkan pada Sabtu sarat dengan pelbagai lontaran dan idea daripada peserta. Menurut Ketua Penerangan UMNO yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Shahril Hamdan, maklum balas tentang program berkenaan juga memberikan input yang baru terhadap kumpulan sasar dan sebagainya.

Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Cadangan MBM | Akademi politik sepatutnya sudah lama diwujudkan
Akademi politik yang memberikan latihan rasmi kepada wakil rakyat sepatutnya sudah lama diwujudkan. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, akademi itu merupakan satu keperluan dalam memastikan setiap ahli politik memahami setiap asas dan dasar negara.

No To Lanun | Ambil karya orang lain perbuatan mencuri, berdosa
Mengambil karya atau hak cipta orang lain tanpa kebenaran adalah perbuatan mencuri dan berdosa, kata pengarah filem, Datuk Profesor Dr Abdul Razak Mohaideen.

Politik | MN mampu peroleh majoriti dua pertiga
Pilihanraya umum ke-15 adalah ujian sebenar bagi melihat sejauh mana keberkesanan Muafakat Nasional antara Pas dan UMNO serta usaha penyatuan ummah kata Ahli Parlimen Pas Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.

Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.

MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.

Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina
Ada antara generasi Cina Terengganu dahulu yang boleh membaca tulisan jawi, memasak masakan Melayu, selesa memakai kebaya dan baju kurung.

BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.

Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.