awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Sahruddin umum letak jawatan Pengerusi PN Johor
Banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumbung KLIA bocor, MAHB pantau gangguan operasi

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
14/11/2025
10:02 MYT
Bumbung KLIA bocor, MAHB pantau gangguan operasi
Menurut MAHB dalam satu kenyataan, pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan telah dikerahkan ke lokasi untuk menguruskan situasi dan memastikan keselamatan penumpang terjamin. - Media sosial
SEPANG: Sebahagian kawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjejas akibat kebocoran air berikutan hujan lebat petang ini.
Menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan, pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan telah dikerahkan ke lokasi untuk menangani situasi dan memastikan keselamatan penumpang terjamin.
Ujar MAHB, usaha kawalan serta perlindungan sistem elektrik turut diberi keutamaan.
Pemantauan juga dipertingkatkan memandangkan cuaca ekstrem dijangka berterusan sehingga sekitar jam 6 petang.
Antara lain, pihak MAHB juga berada dalam komunikasi rapat dengan syarikat penerbangan bagi meminimumkan sebarang gangguan operasi.
Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial daripada orang awam mengenai kebocoran bumbung di terminal penumpang KLIA.
Topic Berkaitan
#KLIA
#bocor
#hujan
#air
#terminal penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan