Bumbung rumah panjang Long Busang musnah diterbangkan ribut

Rohana Wahed
Mei 28, 2018 04:49 MYT
Sebanyak sembilan pintu di rumah panjang itu terjejas melibatkan 65 mangsa.
Angin kencang melanda daerah Bukit Mabong semalam menyebabkan beberapa bumbung rumah panjang dan rumah persendirian diterbangkan lalu musnah.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Ismail Mahedin berkata, kejadian berlaku di kawasan Long Busang.
"Bagaimanapun tiada kecederaan dilapor dan tiada proses pemindahan dilakukan setakat ini," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Ismail berkata, sebanyak sembilan pintu di rumah panjang itu terjejas melibatkan 65 mangsa.
Perjalanan dari Kapit ke Long Busang mengambil masa sekitar lapan ke sembilan jam, bergantung pada cuaca selain perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
#angin kencang #bumbung #Ismail Mahedin #kecederaan #pemindahan #ribut #Rumah panjang #Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri #terbang