MALAYSIA
Bung Moktar sangat baik, lembut dengan masyarakat dan keluarga - Shaheizy Sam
Shaheizy (kanan) berkata personaliti Allahyarham semasa bersama keluarga dan penduduk berbeza dengan sikap agresif serta lantang yang sering ditonjolkan di Parlimen. -Foto Bernama
KOTA KINABALU: Pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai individu yang sangat baik kepada masyarakat setempat dan keluarga.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Shaheizy Sam berkata personaliti Ahli Parlimen Kinabatangan itu semasa bersama-sama keluarga dan penduduk di kawasan diwakilinya amat berbeza daripada sikap agresif serta lantang yang sering ditonjolkan di Parlimen.
"Kalau di rumah beliau sangat berbeza. Hendak mendengar beliau meninggi suara atau marah memang tidak pernah. Beliau sangat lembut dengan anak.
"Bila bekerja di Parlimen, beliau orang yang berbeza. Setiap kali balik kawasan, beliau tidak pernah berkata tidak boleh jika ada yang hendak berjumpa," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.
Shaheizy Sam memaklumkan mereka sekeluarga mengetahui kesihatan Allahyarham semakin merosot semalam, sebelum kakaknya Datin Seri Zizie Izzate memaklumkan berita pemergian suami pada awal pagi tadi.
Shaheizy Sam berkata menjadi kelazimannya untuk membantu kempen abang iparnya setiap kali pilihan raya dan Allahyarham kelihatan kurang sihat sejak tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 baru-baru ini.
"Masa hari terakhir berkempen, beliau nampak tak ada tenaga dan penat, tidak seperti dulu," katanya.
Shaheizy Sam berkata Allahyarham sering menasihatkannya sentiasa mengutamakan ibu jika ingin berjaya.
Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi dan pemergian itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Luyang dan solat jenazah dilakukan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas di sini selepas solat Jumaat.
Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Shaheizy Sam menganggap Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai individu yang sangat baik kepada masyarakat Sabah dan keluarganya.
- Shaheizy Sam memberitahu bahawa Bung Moktar menunjukkan sikap lembut dan peramah di kalangan keluarga dan penduduk di kawasan Kinabatangan.
- Allahyarham Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, meninggalkan legasi politik beliau di Sabah.
Shaheizy Sam berkata personaliti Ahli Parlimen Kinabatangan itu semasa bersama-sama keluarga dan penduduk di kawasan diwakilinya amat berbeza daripada sikap agresif serta lantang yang sering ditonjolkan di Parlimen.
"Kalau di rumah beliau sangat berbeza. Hendak mendengar beliau meninggi suara atau marah memang tidak pernah. Beliau sangat lembut dengan anak.
"Bila bekerja di Parlimen, beliau orang yang berbeza. Setiap kali balik kawasan, beliau tidak pernah berkata tidak boleh jika ada yang hendak berjumpa," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.
Shaheizy Sam memaklumkan mereka sekeluarga mengetahui kesihatan Allahyarham semakin merosot semalam, sebelum kakaknya Datin Seri Zizie Izzate memaklumkan berita pemergian suami pada awal pagi tadi.
Shaheizy Sam berkata menjadi kelazimannya untuk membantu kempen abang iparnya setiap kali pilihan raya dan Allahyarham kelihatan kurang sihat sejak tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 baru-baru ini.
"Masa hari terakhir berkempen, beliau nampak tak ada tenaga dan penat, tidak seperti dulu," katanya.
Shaheizy Sam berkata Allahyarham sering menasihatkannya sentiasa mengutamakan ibu jika ingin berjaya.
Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi dan pemergian itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Luyang dan solat jenazah dilakukan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas di sini selepas solat Jumaat.
Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang memberi keterangan bahawa Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sangat baik kepada masyarakat?
A: Pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad memberikan keterangan tersebut. - Q: Apa perbezaan sikap Datuk Seri Bung Moktar Radin di rumah dengan di Parlimen?
A: Di rumah, beliau sangat lembut dan tidak pernah meninggi suara, berbeza dengan sikap agresif di Parlimen. - Q: Bagaimanakah keadaan kesihatan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum kematiannya?
A: Allahyarham kelihatan kurang sihat sejak tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru-baru ini. - Q: Di mana dan apabila pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan?
A: Pemergian beliau disahkan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi. - Q: Apakah jawatan yang dipegang oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum kematiannya?
A: Beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov.