MALAYSIA
Bung Moktar tokoh berpendirian dan lantang perjuang kepentingan rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Bung Moktar yang kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
Menurut Perdana Menteri, sebagai seorang sahabat lama, beliau mengenang Allahyarham sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.
"Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.
"Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisiNya, Insya-Allah," kata Perdana Menteri dalam hantaran di akaun media sosial beliau.
Allahyarham Bung Moktar, 66, menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Berita sedih pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar di Facebooknya.
"Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).
"Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," katanya.
Difahamkan, Allahyarham menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital, sejak pagi semalam.