SHAH ALAM: Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata pihaknya telah mendapat butiran pengirim dan dalam usaha mengesan individu itu yang dipercayai warga tempatan, untuk ditahan.
"Bungkusan itu selepas kita hantar ke makmal kimia dan hasil analisa mendapati tidak mengandungi sebarang jenis dadah dan ia adalah ubat gigi," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan polis sedang menyiasat penghantaran bungkusan yang disyaki mengandungi barang terlarang, dialamatkan kepada Anwar dan Rafizi.
BACA: Bungkusan misteri: 'Buang duit sahaja, saya dan PM Anwar tak ambil ganja' - Rafizi
Terdahulu, Hussein memaklumkan polis berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah susulan penahanan tujuh individu warga tempatan.
Tangkapan yang turut melibatkan seorang wanita itu dilakukan Selasa lepas di sekitar Selangor dan Tanjung Malim, Perak.
"Jumlah dadah yang dirampas bagi kedua-dua kes adalah bernilai RM11.034 juta membabitkan dadah jenis methaphetamine dan heroin yang dipercayai untuk dipasarkan di Lembah Klang," katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023

Polis telah mendapat butiran pengirim dan dalam usaha mengesan individu itu yang dipercayai warga tempatan, untuk ditahan. - Gambar fail

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin
PBB menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas "mereka yang bertanggungjawab".

Simone Inzaghi label Man City 'pasukan terkuat dunia'
Anak buah Pep Guardiola menjadi pilihan utama untuk melengkapkan treble sama yang dimenangi oleh Manchester United pada 1999.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Mukah
Warga emas berusia dalam lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai di bawah runtuhan rumah.

Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Anak menangis lihat Shukri Yahaya kemalangan, Ezzrin Loy mohon maaf, datang bawa hadiah
Tular video merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.

Bursa Malaysia diniagakan agak tinggi pada sesi awal dagangan
Bursa Malaysia meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada sesi dagangan awal Selasa.

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati.

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Bungkusan misteri: 'Buang duit sahaja, saya dan PM Anwar tak ambil ganja' - Rafizi
Rafizi menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui berkenaan bungkusan ganja yang dihantar ke alamatnya dan Perdana Menteri pada Isnin.

Kotak misteri di hadapan pejabat konsulat China diletupkan
Tiga bungkusan misteri ditemui di hadapan pejabat konsulat China di Pulau Pinang mencetuskan suasana panik.