NATIONAL
Bunuh adik kandung, pasangan suami isteri di Dungun didakwa di mahkamah

Fathin Nur Athirah dan suami Muhammad Hafiz dituduh secara bersama membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin. -Gambar fail
Seorang wanita dituduh membunuh adik perempuannya di Mahkamah Majistret Dungun pada Khamis.
Tertuduh, Fathin Nur Athirah Sabarudin dan suami Muhammad Hafiz I.D. Osmera, masing masing berusia 21 tahun dituduh secara bersama membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin berusia dua tahun tujuh bulan.
Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu di antara 30 Julai 2016 hingga 29 Ogos 2016 di rumah no 5, Lot 1560, Jalan Tenggiri, Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, Dungun.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Majistret Hazwanie Husain Bustari menetapkan 9 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mona Shazwani Kamarul Zaman.
Petugas di klinik terbabit kemudiannya membuat laporan polis selepas mendapati mangsa mempunyai kesan parut di seluruh badan dan luka baharu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami