Bunuh 'Datuk Seri': Polis reman 'El', kini cari 'Thamby'

Astro Awani
Jun 29, 2020 08:37 MYT
Polis kini sedang mencari 'Thamby'. - Gambar fail
Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan berkaitan kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri'.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata individu tersebut yang dikehendaki polis sebelum ini ditahan pukul 7.30 petang semalam di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Baru atas maklumat orang awam.
"Penama telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 5 Julai depan," katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, polis turut meminta bantuan orang ramai memberikan maklumat mengenai seorang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.
Fadzil berkata, individu tersebut adalah N. Vikneswarar, 28 tahun, dengan alamat terakhir di 587-144 New Green Park, 48000 Rawang Selangor.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan Vikneswarar yang turut dikenali sebagai Thamby@Vinod, diminta menghubungi ASP Farouq Fakhzan Mohd Nordin di talian 017-2251403.
#Datuk Seri #El #jenayah #kes bunuh #kes culik #polis #siasatan #Thamby