MALAYSIA
  
            Bunuh dua beranak: Tiga suspek disambung reman seminggu lagi
Suspek ketika tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam sekitar jam 9 pagi pada Jumaat. - Astro AWANI
            
      BUKIT MERTAJAM: Tiga lelaki warga Nepal, termasuk suspek utama kes pembunuhan tragis dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang pada 18 Oktober lalu, disambung reman selama tujuh hari lagi bermula esok.
Ringkasan AI
Perintah sambung reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit sehingga 7 November bagi membolehkan siasatan polis diteruskan.
Ketiga-tiga suspek berusia 35, 28 dan 40 tahun tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam sekitar jam 9 pagi dalam keadaan bergari dan berpakaian lokap polis untuk mendapatkan perintah lanjutan reman selepas tempoh reman asal tamat hari ini.
Difahamkan, suspek dipercayai membunuh mangsa dan anak angkatnya pada waktu tengah hari, sebelum melarikan diri ke ibu negara pada hari yang sama.
Suspek turut dikatakan menyimpan perasaan terhadap mangsa dan mendakwa wanita itu berhutang dengannya.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail sebelum ini mengesahkan motif pembunuhan adalah berpunca daripada dendam, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.
Beliau memaklumkan bahawa kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat.
Pada 25 Oktober lalu, polis menahan reman tiga lelaki Nepal termasuk suspek utama selama seminggu sehingga 31 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek utama berusia 35 tahun, abangnya 40 tahun dan seorang rakan berumur 28 tahun.
Sementara itu, suami mangsa berusia 57 tahun dan seorang kenalan wanita berusia 45 tahun yang direman sejak 19 dan 20 Oktober telah dibebaskan.
Laporan bedah siasat pada 19 Oktober mendapati punca kematian dua beranak itu adalah akibat tetakan di belakang leher menggunakan senjata tajam yang dipercayai pisau pemotong daging.
Polis turut menemui sebilah pisau dalam semak berhampiran lokasi kejadian pada malam pembunuhan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa mayat Allahyarham Sariya Che Hin, 51, ditemukan suaminya dalam keadaan menyayat hati di dapur tingkat bawah rumah, dengan kepala hampir putus.
Mayat anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, pula ditemukan meniarap berlumuran darah di tingkat atas.
               
  Ringkasan AI
- Tiga lelaki Nepal termasuk suspek utama disambung reman selama tujuh hari lagi sehingga 7 November bagi melengkapkan siasatan kes pembunuhan tragis pada 18 Oktober lalu.
- Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada dendam, dengan suspek dikatakan menyimpan perasaan terhadap mangsa dan mendakwa wanita itu berhutang dengannya.
- Bedah siasat mengesahkan kematian akibat tetakan di leher, dan polis menemui pisau dipercayai digunakan dalam kejadian berhampiran lokasi pembunuhan.