MALAYSIA
Bunuh isteri: Lelaki direman seminggu
Suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dengan diiringi polis jam 8.45 pagi. - Foto Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang mengaku membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam kejadian di rumah mereka di Flat Jalan Tuna, Seberang Jaya, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Savinder Singh ke atas lelaki berusia 28 tahun itu di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi tadi.
Tempoh reman bermula hari ini sehingga 18 Dis dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di mahkamah dengan diiringi polis jam 8.45 pagi.
Media semalam melaporkan seorang wanita maut dengan kesan kelar di leher, dipercayai dibunuh suami, yang menyimpan mayatnya di rumah itu selama empat hari.
Lelaki yang juga penganggur itu tampil ke Balai Polis Seberang Jaya memaklumkan mengenai kematian isterinya yang berusia 44 tahun.
Mangsa telah mendirikan rumah tangga dengan suspek sejak dua tahun lalu.
Suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.
Difahamkan, motif suspek bertindak sedemikian adalah kerana cemburu.
Ringkasan AI
- Lelaki mengaku bunuh isteri dengan pisau di Flat Jalan Tuna, Seberang Jaya, direman tujuh hari bagi siasatan polis.
- Reman bermula hari ini hingga 18 Disember, perintah dikeluarkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
- Wanita ditemui mati dengan kesan kelar di leher, didakwa dibunuh suami yang kini ditahan; motif disebut cemburu.