awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh kekasih dengan topi keledar, nelayan berdepan tali gantung

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2019
04:15 MYT
Bunuh kekasih dengan topi keledar, nelayan berdepan tali gantung
Ali Ahmad berdepan tali gantung atas pertuduhan membunuh teman wanitanya pada 30 Mac lepas. -Gambar hiasan
Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown atas pertuduhan membunuh teman wanitanya pada 30 Mac lepas.
Ali Ahmad, 55, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret L. Umma Devi.
Tiada pengakuan direkodkan bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.
Menurut pertuduhan, Ali didakwa membunuh K. Surinder Kaur Bedi, 37, di tepi jalan Persiaran Bayan Indah, antara jam 10 malam hingga 10.45 malam pada 30 Mac lepas.
Mahkamah menetapkan 9 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi semakan laporan kimia dan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 1 April lepas, media melaporkan seorang wanita maut disyaki dipukul kekasihnya, seorang nelayan, dengan topi keledar di bahagian kepala, selepas berang dituduh curang.
Mangsa berusia 37 tahun itu bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel disahkan meninggal dunia pada jam 5.00 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah di kepala.
Topic Berkaitan
#Ali Ahmad
#Hospital Pulau Pinang
#Mahkamah Majistret Georgetown
#Mohammad Syafiq Nasrullah
#Surinder Kaur Bedi
#teman wanita
#Umma Devi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan