PUTRAJAYA: Seorang penganggur terselamat daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana membunuh neneknya yang berusia 78 tahun, enam tahun lepas.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Has Zanah Mehat sebulat suara mendapati rayuan Maslizan Muhamad, 42, mempunyai merit.
Hakim Has Zanah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah, berkata hukuman itu diketepikan dan diganti dengan perintah bahawa Maslizan selaku perayu hendaklah dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan selaras dengan peruntukan Seksyen 347 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
"Isu utama yang dibangkitkan perayu adalah dalihan di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan (KK) yang telah ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi. Yang Arif hakim Mahkamah Tinggi telah salah arah kerana tidak menimbang dalihan yang dibawa perayu.
"Kami mendapati, terdapat hujahan yang mencukupi daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan bahawa perayu adalah figura yang bertanggungjawab menyebabkan kecederaan pada si mati dan akhirnya telah membawa kepada kematian.
"Berdasarkan fakta di atas, kami dengan ini membenarkan sebahagian rayuan perayu berkaitan sabitan dan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang diperintahkan oleh hakim Mahkamah Tinggi," kata Hakim Has Zanah.
Hakim Has Zanah turut memerintahkan perayu ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor selama mana diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu di bawah Seksyen 348 KTJ.
Pada 21 Ogos 2018, Maslizan dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Halimah Taib, 78, di depan sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud, Pengadang Buloh di sini, jam 9.30 pagi pada 7 Sept 2015.
Terdahulu, peguam Ghazali Ismail yang mewakili Maslizan berhujah bahawa anak guamnya berada dalam keadaan tidak siuman ketika kejadian kerana dia menghidap penyakit mental.
"Perayu tinggal bersama neneknya (mangsa), dan dia telah mengalami masalah mental yang sangat bercelaru serta tidak dapat tidur kerana sentiasa berhalusinasi. Perayu mendengar bisikan halus iaitu mangsa ingin memberi 'saka harimau' kepadanya.
"Pada malam sebelum kejadian, perayu telah balik ke rumah dari masjid sebelum waktu subuh. Di rumah, perayu tetap tidak dapat tidur hanya sekadar terbaring di atas katil.
"Kira-jam jam 10 pagi, perayu telah terdengar bunyi tapak kaki berjalan di luar rumah. Perayu telah membuka tingkap dan sangat terkejut serta takut apabila melihat mangsa seperti harimau dan cuba menerkamnya. Perayu terus ke dapur mendapatkan pisau lalu mengelar leher harimau tersebut," kata peguam itu.
Tambah Ghazali, saksi pembelaan kedua iaitu seorang pakar perunding psikiatri telah merumuskan perayu menghidap penyakit 'schizophrenia' yang merupakan sejenis penyakit mental yang digejali oleh pemikiran seperti delusi (iaitu kepercayaan palsu yang dipegang teguh tanpa boleh digoyah langsung), halusinasi, kecelaruan perasaan, perubahan tingkah laku serta kemerosotan fungsi psikososial.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhana Khalid berkata perbuatan (tingkah laku) perayu menunjukkan bahawa dia berada dalam keadaan yang waras ketika menyebabkan kematian tersebut.
"Keterangan saksi pendakwaan kelima (SP5) yang merupakan jiran si mati memberitahu bahawa beliau nampak si mati terbaring dan perayu ada duduk mencangkung di sebelah si mati sambil berkata: "Saya minta maaf Pok Ki, kita bunuh doh dia (merujuk kepada si mati)".
"SP2 seorang anggota polis dalam keterangan menyatakan bahawa semasa hendak menangkap perayu yang sedang berlegar-legar di tempat kejadian, perayu mengatakan 'aku nak serah diri' sambil menghulurkan tangannya ke hadapan.
"Selain itu, penemuan senjata yang digunakan untuk menetak si mati adalah atas maklumat perayu sendiri dan ia diterima oleh mahkamah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Has Zanah Mehat sebulat suara mendapati rayuan Maslizan Muhamad, 42, mempunyai merit. - Gambar hiasan
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Bunuh nenek: Penganggur terselamat daripada tali gantung
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Has Zanah Mehat sebulat suara mendapati rayuan Maslizan Muhamad, 42, mempunyai merit.
Lelaki bunuh nenek kerana 'simpati'
Laporan autopsi mengesahkan Leona dijerut dengan tuala.
Penyelia kilang dipenjara 38 tahun kerana bunuh nenek dan rakan
Penyelia kilang dipenjara 38 tahun oleh Mahkamah Tinggi Muar kerana sebabkan kematian tanpa niat nenek dan rakannya.
Cucu didakwa penggal nenek berdepan hukuman gantung
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.